Macam perkauman tajuk yang saya taip di atas ni tapi itulah kenyataan yang bagus juga rasanya untuk memiliki tanah di Sabah ni.
NT - Native Title
Disediakan khas untuk bumiputera Sabah untuk memiliki tanah.
*Native Title hanya boleh dimiliki oleh penduduk Peribumi Sabah sahaja. Ini dianggap sebagai hak istimewa yang diberikan kepada anak Negeri Sabah yang telah menetap dan mengusahakan tanah Kerajaan untuk aktiviti sara hidup selama tiga tahun berturut-turut."
- Di ambil dari kata-kata Mohd Elham & Partner
Melayu
Cina
India
Suluk
Bugis
dan semua Bangsa dan Etnik dari Filipina dan Indonesia.
Ini adalah antara bangsa dan etnik yang tidak boleh membeli dan memiliki tanah di Sabah.
Maaf, bukan mau racist tapi kami yang menguruskan tanah, banyak kali bertanya dan ditanya tentang perkara ini. Bukan kami yang menetapkannya tapi memang akta dan undang-undang di Jabatan tanah Sabah.
Ada kelebihan kepada beberapa pihak untuk memiliki tanah di Sabah. Terutama sekali anak-anak yang dilahirkan oleh ibubapa yang mempunyai campuran. Contohnya Cina berkahwin dengan mana-mana etnic sabahan yang akan dipanggil sino. Akan tetapi untuk membeli tanah , mereka mesti mempunyai surat pengesahan dari Mahkamah Anak Negeri. Proses untuk mendapatkan surat tersebut perlu terus ke sana. Proses di Mahkamah Anak Negeri memang cepat dan orang-orang di sana pun amat peramah kerana KITA-KITA JUGA BAINI.
Nasip baik jga sia bkan cina tulen😂😂