top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Tengok Kawasan Sambil Bersenam

3.11pm

24.06.2020


Punya best rasa kaki dapat naik turun bukit tu.

Mau dikuatkan hati juga baru dapat diusahakan.

Wakil owner ni tanah sudah dihubungi sehari sebelum kami mau tengok ni tempat.

Boleh-boleh dia lupa bagi tau empunya tanah ni yang kami mau tengok hari ni.


Pagi-pagi susah kami sesat. Siap bawa crew . Ok atau tidak ini kawasan. Tanpa persetuan crew kami ni, kami tidak mau teruskan. Mereka yang buat kerja, saya hanya datang sekali sekala sahaja.

Kalau ok..saya teruskan...kalau tidak...next!


Mau juga berjalan kaki. Padahal kereta boleh masuk sampai ke tanah tu. Tapi tidak apa. Fikir semua ni senaman. Cantiknya kawasan ni. Tepi jalan sahaja. Ada bukit pulak. Itu yang saya suka ni. Tak payah timbus. Ambil tanah ni untuk timbus tanah lain pulak. Jalan sudah sedia. Tinggal mau jumpa ketua kampung saja lagi. Satu benda saja yang saya tidak suka. Pencawang SESB tu. Tak apa, asal tidak kena tanah yang kami mau ni.

Berkilat kulit kalau berpanas ni. Sel melatonin merembas ke seluruh badan. Hitamlah tapi hitamnya menjadikan badan jadi kuat. Alahai, cerita pasal sel-sel dalam badan pulak.

Tengok,boleh tanggal bah cermin mata. Lama sudah tidak berpeluh jalan-jalan masuk kampung ni tau.

Ok. Settel. Minggu depan sudah ada tempat baru. Tanah tidak payah ditimbus...boleh buat trip tanah lagi.


Kawasan Penampang dan Putatan settle. Sudah ada tanah untuk diambil untuk penimbusan dan tanah baru. Tidak merisaukan kami lagi.


Bulan depan saya iklankan pulak tanah timbus setrip rm80 sahaja. Sekitar Putatan dan Penampang.


Next, Papar pulak.


Best cuaca hari ni. Pagi-pagi panas terik.



Tapi nampak saja kumpulan-kumpulan awan mengelap....terus kata...STOP! Balik...esok lagi.


Tidak sampai 30 minit. Renyai-renyai hujan turun. Jalan perlahan-lahan terus jemmed.



Dengan segala hormatnya...hujan turun dengan lebatnya. Syukut kepada mu Ya Allah.




Dalam pencarian tanah di Putatan, Penampang dan Papar mempunyai banyak perbezaan. Pertama sekali.....mestilah harga. Mengalahkan emas dan tembaga di kawasan Putatan dan Penampang. Bukan saja kerana nilai aset di kawasan ni amat bernilai dan rebutan ramai malah perantaraan bandaraya Kota Kinabalu ke kawasan Kinarut, Papar dan jalan Brunei dan Sarawak.



Kedudukan kawasan ini.


Terutama sekali kalau orang yang bekerja di Kota Kinabalu. Walaupun ramai yang mengeluh disebabkan jalanraya yang sesak tapi itu hanya pada masa kemuncak sahaja.

Cuba lihat hari Sabtu dan Ahad. Siapa tidak mau mansau-mansau ,tompinai....hehehe....malam minggu di Plaza 333, di Kota Kinabalu yang tiap-tiap malam ada saja keramaian.


PKPP...Covid19....ini sajalah yang membuatkan orang tidak happy hour di kawasan-kawasan yang happening sekarang. Hari ni...hanya 6 positif. Syukur kepada Tuhan.

Tapi bila kita boleh dapat 0 positif? Dari kita juga tu. Putuskan rantaian virus ni.


Akan tetapi, jangan hairan kalau ada juga orang yang bekerja di Kota Kinabalu berulang-alik dari balik ke Papar. Banyak jalan sekarang. Papar lama amat cantik jalannya walaupun semenjak-menjak ini banyak kemalangan terjadi di kawasan tu. Siapa yang lalu di kawasan tu, taulah. Jalan 2 menjadi satu...apa lagi pemandu-pemandunya...punya main lajuuuuuu...


Siapa yang membeli tanah-tanah di Papar masa ini akan menjadi bertuah. Inilah bandar kedua Sabah nanti. Dengan kemajuan petronas dan kawasan perantaraan warga Brunei, Sarawak dan Labuan.


Bukan saja saya mau menjual tanah-tanah murah yang kami ada di Papar tapi terus terang saya katakanlah. Tidak sampai 2 tahun, naik nilai tanah di sana tu.


Mdm Paw

6.10pm

Tiba-tiba sakit belakang

tidak regangkan badan , terus naik bukit.

hahaah



10.44am

25.06.2020


Bangun pagi, solat suboh punya sakit sujud.

Macam mana orang yang kerja ke site dan tukang ukur tu kan?

Memang sudah biasa kali. Kuat betul muscle dan antibodi durang tu. Respect dan hormat.



21 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentarios


bottom of page