Aku sudah terduduk ni di dalam rumah selama 4 hari. Memang seronok dalam duduk di rumah, makan tidur berfikir dan memantau kerja. Macam PKP dulu-dulu. (Tapi dalam hati, jiwa merana dan memberontak).
10 hari lagi untuk habis Home Quarantine. Ya Tuhan ku.....
Sekarang baru aku terasa dan faham perasaan mereka yang tidak dapat buat apa-apa terutama sekali kalau tidak dapat keluar membeli-belah. Zaman covid19 ini betul-betul mengajar kita erti kepayahan dan kesengsaraan. Walaupun sihat waafiat tapi kalau sudah WAJIB oleh kerajaan untuk duduk di rumah tanpa keluar, orang yang ada duit pun , kalau tidak ada orang yang boleh disuruh membeli-belah , terduduk jadinya. Masa ini runner paling diperlukan.
Patutlah ramai orang yang kedapatan keluar bergelang membeli-belah dan makan di luar. 14 hari tanpa stok makanan, ubat-ubatan dan barang keperluan.
Bayangkan, anda diperlukan datang ke Station A untuk menghantar laporan. Diramalkan berada di Station A tersebut selam 2 hari sahaja. Tapi masuk ke kawasan Station A , diberitahu perlu swab test dan home quarantine selama 14 hari. Baju hanya dibawa untuk 2 atau 3 hari. Ubatan-ubatan untuk 2 hari, barang mandi, makanan manalah dibawa kalau waktu kerja.
Keadaan begini, banyak perkara yang perlu diingat dan fikirkan secara panjang akal. Sudahlah datang ke negeri orang, kalau ada saudara pun adakah mereka mau menerima kita untuk tinggal selama 14 hari? Walaupun kita bagi mereka duit....kesihatan mereka kita kena tengok juga. Kita 'kemungkinan' membawa virus yang akan menjangkiti ahli keluarga mereka.
Ahli keluarga tu ada tanggungjawab dan kerja mereka sendiri. Tidakkan kita mau suruh mereka macam-macam. Perlu difikirkan juga.
Itu bagi mereka yang ada ahli keluarga di kawasan terkandas TAPI bagi mereka yang tidak tahu siapa-siapa? Tinggal di hotel selama 14 hari? Ada duit tidak apa. Kerja kerajaan, tidak apa. Kerja swasta? Ada yang bagi advance . Ada yang bagi separuh gaji tau. Bagi yang majikan yang kuku besi? Ramai saya kenal, syarikat mereka memang GAH tapi pengurusan tiada kebajikan terhadap kakitangan. Gaji 2 3 bulan tidak dibayar, kerja overtime tapi subsidi gaji yang diberikan oleh kerajaan diambil. Ramai...amat ramai. Nasib baik saya hanya ada 4 kakitangan dan kebajikan mereka saya sentiasa jaga.
Hairan satu benda. Kenapa tidak dihalang Pilihanraya Negeri Sabah yang berlaku 26.09.2020 hari tu?
Tan Sri Dr Noor Hisyam sudah tahu benda ni dan sudah menasihati MKN tapi kedegilan pihak tertentu meneruskan juga proses pilihanraya dengan alasan, peruntukkan untuk SPR sudah dikeluarkan dengan jumlah yang amat besar.
Duit boleh dicari tapi nyawa manusia hanya SATU.
Aku boleh memalingkan muka waktu nampak budak berumur 5 tahun dipaksa untuk swab di lapangan terbang waktu aku naik kapal terbang dari KKIA ke Labuan. Orang tua macam saya ni boleh keluar air mata waktu kena cucuk hidung tu apatah lagi budak kecil. Aku tidak boleh .....
Aku memang langkah kiri waktu ke Labuan. Rancangan memang cantik tapi sehari selepas PRN Sabah memang salah langkah keluar dari Sabah. Nasib badan.
Kementerian Kesihatan Malaysia bertungkus lumus sudah sekarang. Tapi mereka pun sama dengan kita, rakyat biasa. Ikut arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia. Tapi kalau pihak atasan jaga mereka saja...tidak guna #kitajagakita . Mereka jaga mereka adalah.
Ini ada pulak dengar-dengar Sabah PKP. Sebelum rakyat mengamuk, harap kerajaan baru Sabah menyediakan bantuan serupa kewangan sebab orang ramai sekarang tidak mau bantuan dari makanan. Mereka perlu membayar segala bill dan sewa. Bukan semua orang sama kehidupan mereka.
Berdoa dan panjang akal saja membolehkan kita hidup sekarang ini.
Peace
30.09.2020
W.P. Labuan.
11.37pm.
Comments