Asslamaualaikum
salam sejahtera
kalai vannakam
Osonong do dongkosuabon
kopiwosian doungosuab
bonjour
zhaoshang hao
11.08.2020
1030am
Sakit dada saya terlampau duduk minum kopi selama 3 minggu ni. Bergerak dari rumah, ke pejabat, ke pejabat peguam, ke site dan balik ke rumah. Pernah 3 hari tidak keluar rumah sebab hujan memanjang. Dalam masa ni pula macam-macam pembelajaran dan pengajaran saya pelajari. Termasuk tiktok! Hahaha...jangan gelak tapi rupanya semua benda-benda ni boleh dijadikan perantaraan pengiklanan segala produk dan jual dan beli.
Pada tahun 2018, itulah satu-satunya masa kami terduduk kerana waktu tu semua tanah di kawasan Putatan dan Penampang amatlah mahalnya. Seekar RM1.2juta walaupun tanah NT. Manalah orang terbeli. Sampai penilai tanah pun geleng-geleng mendengar harga yang diminta oleh pihak empunya tanah. Apa lagi pihak bank. Jangan buang masa, Mdm Paw, bilang mereka. Jadi oleh sebab itu process jual beli amat slow. Lagipun waktu tu hanya satu firm guaman kami guna dan firma tersebut amatlah famousnya pada waktu itu. Semua ke firma tersebut. Process jual beli di sana, gadai tanah di sana dan mau pinjam duit guna tanah/rumah/bangunan pun mereka urus. Apa tidak Urusan kami di pejabat peguam pun menunggu seperti menunggu giliran di hospital kerajaan. Datang 9am sampai 11am baru boleh bersemuka dengan PA peguam. Sampai berhubung menggunalan telefon bimbit dan berwhatsapps mereka tidak terlayan.
Akan tetapi, sejak wujudnya covid19 dan kuarantine untuk 2020, ramai yang buang harga tanah sekarang. Harga RM1Juta jadi RM500k.....RM2juta jadi RM300K.... apa lagi...ambil-ambil tapi slow lah pulak pembayaran pembeli kalau diteruskan. Tapi jangan dan tidak boleh terburu-buru. Ambil yang boleh digunakan di masa depan.
Bah, bayangkan kalau menunggu giliran untuk menerima cheque lagi. 3 hari jadi 7 hari.
Akan tetapi kami jadi pintar. Kawan-kawan yang menggunakan firma itu memperkenalkan kepada firma-firma yang lain.
Ketemu pulak dengan staff firma yang satu kepala dan direct berurusan menggunakan handphone sahaja untuk urusan S&P. Convenient kata orang sabah...hehehe....
Jadi sekarang.....bermula sudah....perkara yang amat ditakuti oleh developer.
Paling sakit ialah menunggu pembayaran dari setiap pembeli ke pejabat peguam. Seminggu 3 kali membawa muka seposen dan bertanya, clear sudah pembayaran? Clear sudah kemasukkan nama pembeli ke pejabat tanah di setiap daerah yang kami usahakan. Geleng-geleng staff peguam. Layu lagi muka balik ke rumah. Banyak-banyak masalah yang wujud, ramai pulak staff di pejabat-pejabat peguam dan swasta berhenti kerja dan diberhentikan.
Kita doakan sajalah keadaan kewangan dan rezeki mereka luas selepas selesainya covid19 ni.
Sekarang
Keadaan sejuk jadi panas. Panas jadi sejuk
Bukan cerita pasal cuaca tapi keadaan kiri-kanan di Sabah ni.
Boleh-boleh orang sedang baru mau hidup dan bernafas ni tiba-tiba mau Pilihanraya Negeri lah pulak.............
Tidak tercakaplah...sebab waktu semua heboh.
Kita boleh tengok waktu PRK di Tasik Chini beberapa bulan yang lepas. Terkawal dan SOP memang cantik. Tapi itu satu daerah tau. Ini kali di Sabah, Satu Negeri.
17th August ni kita akan tahu , jadikah tidak mengundi di Sabah ni. Malas betul mau mengundi sebab heloooo.... orang payah-payah mau hidup sekarang , di sanalah juga kena suruh pilih kerajaan. Minta maaf ya mau turun mengundi. Apa-apa pun saya sertakan gambar-gambar lucu dari orang Sabah yang muak sudah kena tipu selepas memilih YB tapi kehidupan samaaa saja.
Orang sudah bosan dengan politik. Kisah lama muncul semula. kes PTI, Burung-burung, IMM13 dan yang sandi...MA63.
Tua-tua begini baru saya baca apa itu MA63. Kesiannya Sabah. Berapa lama tidak dipandang.
Bacalah kamu...ada tu di google.
Kami sekarang ni baru start balik bergerak. Pembayaran mula dibuat setelah pembeli-pembeli ramai yang lulus pinjaman dan pihak peguam sudah stabil.
Kesakitan kami sekarang adalah dengan kucar-kacir politik sabah ini ialah....
Tiada yang layak menandatangani kelulusan untuk kerja baru di Lahad Datu dan Spitang. Ketua Menteri Sabah sekarang jadi Ketua Menteri 'Intern'. Sakit kepala semua yang telah mengeluarkan duit sendiri untuk membeli segala barang-barang.
SOQT sudah disediakan di kedua-dua tempat ini.
Saya kesian dengan suppliers pipes, besi dan segala jentera untuk kerja-kerja pembinaan boiler dan kawasan. Sanggup membuat pinjaman dan awal-awal menyediakan semuanya untuk pembinaan tempat pemprosesan minyak di Sabah ini.
Esok saya cerita yang lebih panjang.
By the way...musim panas datang balik. Terima kasih ya Tuhanku
Mdm Paw
3:32pm
Warisan Square
Comments