top of page

Native Title For Sabahan

Pengetahuan tentang Geran Tanah -------------------------

ANDA PERLU TAHU TENTANG GERAN TANAH

👇👇👇👇👇👇👇👇👇 Tentang Title Geran tanah:

NT = Native Title FR = Field Register TL = Town Lease CL = Country Lease PL = Provisional Lease


Manakala beza diantara Freehold dan Leasehold adalah seperti di bawah:

Freehold / pegangan kekal • Native Titles (N.T.) • Field Registers (F.R.)

Leasehold / Pegangan pajakan • Town Lease (T.L.) • Country Lease (C.L.) • Provisional Lease (P.L.)


Kalau tiba suatu hari nanti kita ada keinginan mahu membeli sebidang tanah sekurang-kurangnya kita tidak rasa terlalu asing lagi dengan istilah-istilah ini. Tambah sikit-sikit pengetahuan, lama-lama jadi pandai.


Terdapat 3 jenis hak milikan tanah iaitu :


1) Tanah Hak Milik Kekal a. Status pegangan adalah untuk selama-lamanya tanpa sebarang had masa. Kadar kenaikan harganya tinggi dan merupakan satu pelaburan yang baik untuk jangka panjang. Urusan niaga tanah hak milik kekal adalah mudah kerana tidak perlu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa negeri. b. Bagi menjamin hak dan keistimewaan kaum Bumiputera di Malaysia, sesetengah tanah hak milik kekal ada sekatan pegangan contohnya Tanah Rizab Melayu/ Bumiputera yang hanya boleh dimiliki atau dijual kepada kaum Bumiputera sahaja. c. Tanah hak milik kekal tanpa sekatan pegangan (freehold) merupakan tanah yang paling berharga. Tanah ini boleh dipindah milik kepada sesiapa sahaja termasuk kepada bukan Bumiputera atau disebaliknya.


2) Tanah Hak milik Pajakan (Leasehold) a. Merupakan tanah yang diberi pajakan oleh pihak berkuasa negeri untuk tempoh tertentu biasanya 99 tahun. Anda hanya memajak tanah tersebut dalam tempoh tertentu (99 tahun) dan bermakna anda bukanlah pemilik yang mutlak. b. Apabila tamat tempoh pajakan, tanah anda akan diambil semula tanpa pampasan. Anda boleh menyambung atau memanjangkan tempoh pajakan kepada maksimum 99 tahun dengan membayar sejumlah premium kepada pihak kerajaan negeri. c. Urusan jual beli tanah pajakan perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa negeri dan menjadi bertambah sukar serta memakan masa yang lama. Kenaikan harga tanah pajakan tidaklah setinggi tanah hak milik kekal (freehold). Jika anda ingin membeli tanah pajakan, pastikan yang pajakannya perlu tidak kurang daripada 75 tahun dan terbaik melebehi 99 tahun.


Tanah di Sabah ni ada khas sedikit dibandingkan dengan tanah-tanah di negeri lain di Malaysia.

Kebajikan khas untuk rakyat Sabah terjaga dengan baik. (Itu pendapat 50sen sayalah). Ini kerana, tanah-tanah di Sabah kebanyakkan adalah berstatus NT. Native Title. Mereka yang berbangsa SABAHAN saja yang boleh beli. Bangsa-bangsa lain tidak boleh. Ini senarai bangsa-bangsa yang tidak boleh memiliki tanah NT Sabah.

- Melayu (Semenanjung)

- Cina

- India

- Semua bangsa dari Indonesia

Bugis, Jawa, Banjar

- Semua bangsa dari Filipina

Suluk


Ada pernah terjadi, kami membuka sebidang tanah di Tombovo, Putatan. Hanya di tepi jalan sahaja. 5 minit saja ke Pekan Putatan dan 10-15 minit ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.



Cantik kawasan ni. Mula-mula kami buka, berebut orang mau. Kami buka Harga RM120k bagi lot keluasan 5200 prsqft dan RM250k untuk lot 0.30 ekar. Semua simpan deposit tetapi ada error sedikit. Ramai yang mau memiliki tanah ini kebanyakkan mau buat pinjaman dahulu. Jadi itu mengambil masa sedikit. Kami pulak diberi 3 bulan untuk memproses pembelian tanah ini. Bahagian kami on the spot dapat tapi oleh sebab pembeli jadi lepas tu tidak jadi. Kami on off membersihkan kawasan ni.


Di sini kami belajar sesuatu. Kami telah membina kumpulan pembeli yang mahu memilik tanah tapi tidak sedia duit dan kewangan belum sedia. Mereka kami beri nasihat untuk menyediakan kewangan dulu sebelum memiliki tanah. Sampai sekarang mereka mengikuti perkembangan kami walaupun ada yang sudah membeli tanah dari kami.



0.78 Ekar


Jadi, kembali kepada cerita pembelian tanah, tanah yang kami urus selalunya status NT. Native Title - khas untuk bangsa-bangsa sabah. Jadi ada beberapa pembeli yang berasal dari semenanjung (Bangsa Melayu Tulen) telah berkahwin dengan bangsa asal Sabah.


Ada seorang ni, kerja di Lok Kawi, askar. Dia telah lama tinggal di Sabah. Malah telah berkahwin dengan orang Sabah. Anak dia ada memberitahu dia yang kami ada membuka tanah berdekatan dengan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Dia bekerja sebagai Tentera Udara. Jadi kami membuat perjumpaan di tempat / tanah tersebut. Punya dia suka dengan kawasan tersebut. Jadi soalan yang kami akan tanya kepada pembeli ialah. Bangsa anak tuan yang mau beli? Melayu. Tidak dapat tu tuan. Ini tanah NT, khas untuk anak sabah.

Anak saya lahir di Sabah tau Mdm Paw. Masih tidak dapat tuan sebab tanah NT tidak boleh dibeli oleh beberapa bangsa termasuk Melayu.


Punya dia marah. Di sana-sana juga dia mempertahankan hak Melayu. Saya hanya senyum, NT pun untuk mempertahankan hak orang Sabah. Anak saya lahir di Sabah, juga bah. Tapi bangsa Melayu, tuan. Punya dia mengamuk lagi. Saya hanya tersenyum. Dia balik dengan perasaan tidak puas hati.


2 hari selepas dia telepon saya, dia telepon lagi. Dia mau berjumpa. Kami berjumpa di tanah tersebut. Dia terus memberi saya satu sampul surat, berat dan tebal. Apa ni tuan? Saya bagi terus deposit RM50K untuk tanah ni. Tapi guna nama siapa tuan? Anak saya juga. Saya bagi bagi balik sampul tersebut. Aik, masih tidak dapat? Tidak tuan.


Terus saya bagi cadangan untuk guna nama isteri beliau kerana dia pernah kata , mama anak-anak dia orang Sabah dan dia bagi tahu , isteri dia berbangsa Bajau. Boleh beli tanah NT. Datang pulak panas dia. Dia terus cakap dengan nada yang tinggi. Kenapa nak simpan nama isteri saya, bukan dia yang beli. Saya hanya diam-diam. Dia ambil sampul tadi dan beredar begitu saja.


Saya terus balik rumah, mandi cold shower. Penat nya melayan orang begini.


Akhirnya selesai proses jual beli tanah yang ini. Ada lagi tanah di Tombovo, Putatan yang belum selesai.






Ini lain ceritanya lagi...to be continue



Mdm Paw

15.01.2020

2.26pm di Starbuck Warisan Square (Bukan tambirang ni - terpaksa cari airkond - opis tiada letrik) haha

22,975 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page