top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Utamakanlah Keluarga Dari kerja lain.

15.11.2021

11.10am

Monday

Kesyukuran kepada Allah Yang Maha Agung

Hilang saya tanpa radar selama 14 hari….sebab…


Mama saya baru keluar dari lebih 10 hari admitted masuk Hospital. Aduhai..makan minum kami di rumah…langsung tiada selera…

Nasib baik kali ni…abang-abang yang kerja di laut turun off…saya tidak peduli…keluarga dan mama dulu difikirkan. Peguam saya boleh cover dalam masa seminggu.



Berkumpul terus kami semua..update keadaan kehidupan mama dan kehidupan masing-masing.

Selepas itu, kami terus menunggu result tentang mama di Hospital.

Pelbagai symptom ada untuk jangkitan covid19.

Sesak nafas, jantung denyutan tidak normal…


(Hospital Nukleaus)



(Sedap tidur dan sedap makan bilang mama)


Tapi sudah check darah dan swab test…Alhamdulillah negative.

Aduhai..lega kami

Saya dapat tahu saja mama kena tahan di hospital..dengan sehelai sepinggang saya terus beli tiket naik flight…balik kampong…walaupun tidak wajib swab test atau rtk saliva…saya buat juga…Mana tahu kan…

Last-last sampai di Labuan….tengok-tengok…seorang saja ahli keluarga dapat masuk menjaga.

Semua kami berebut mau menjaga malam….rupanya adik seorang saja yang dapat menjaga.

Jadi…






Routine saya dengan abang tiap-tiap hari…keluar pagi-pagi…sarapan dan beli sarapan ..untuk adik yang menjaga…dia sanggup cuti seminggu…berkuranglah lagi pegawai imigresen di Labuan….ha ha ha



Ok..sambung cerita….


Aduhai nikmatnya ketika berada di kampong….

Kuih muih..4 biji baru RM1…

Ramai pulak di rumah…jadi beli banyak-banyak…tidak risau membazir sebab memang habis punya…..

Subhannallah…nikmat di kampong

Nampak pantai….nampak keadaan rumah kampong…

Nampak tidak kelam-kabut….




Seronoknya…tapi Rezeki di tempat luar…kita tidak boleh buat apa-apa…

Sambung cerita…


Hari ke 5 mama di hospital…kami dapat tahu…mama sudah pindah dari Emergency Room ke wad biasa….Allahuakhbar..bersyukurnya kami.

Barulah sedap hati…sedap makan..tapi tidak kami bersukaria selagi mama tidak keluar.

Esoknya…kami dibagi tahu…mama rupanya ada kuman dalam darah…pelik kami…dari mana datangnya…bersih juga di rumah tu…

Dengar-dengar ada juga kes 5 orang dari kampong di sebelah …dengan kes yang sama…. Menghairankan….


Tapi kami amat bersyukur kerana bukan covid19...Alhamdulillah


Menunggu itu satu siksa…hari ke 9…sudah ambil darah..lepas 3 hari lepas..keputusan tidak ada lagi….

Kami terus tanda Tanya…adakah darah dari pesakit di Labuan akan di hantar ke Kota Kinabalu lagi? Rasa sedih pulak kami… Kesiannya orang di Labuan kalau ada kes-kes berat…sudahlah sakit…terpaksa dihantar ke Sabah lagi… Allahuakhar.

Esoknya baru dapat result…tiada sudah kuman dalam badan….

Terus kemas balik semua keadaan rumah…

Senangnya hati kalau sudah Nampak mama kita di depan mata.

Mama saya berumur 69 tahun... lutut dia ada besi tu…kalau dia pandai marah..saya selalu cakap..mama terminator….hahaha…pandai dia slow down tu.

Alhamdulillah…waktu saya ada emergency ni..tidak ramai yang mencari…ada punmanagement office bertanya khabar dan peguam bagi tahu semua kerja tangguh hingga saya balik Kota Kinabalu.


Ada yang membagi dokument seperti gambar IC dan Surat beranak untuk booking tanah. Peguam minta tempoh setelah saya balik semula Ke Kota Kinabalu , baru mereka bagi janji temu untuk berjumpa di pejabat.



Minggu depan baru dapat urus semua… Mau kasi tenang beliau dulu…penuhi apa yang dia mau… dan sediakan barang-barang keperluan dan kesihatan dia.

Lain saya rasa Nampak mama sudah pakai pampers. Tidak tahu kehidupan saya kalau sudah berumur begini nanti.

Sekarang baru siap sedia untuk kembali bertugas….

Baru buat appointment untuk semua customer…ada yang mau buat pembayaran..buatkan janji temu untuk ke Pejabat Peguam.

Janji temu untuk customer untuk datang ke pejabat untuk berjumpa.

Janji temu untuk menguruskan mengambil semula segala buku resit, voucher dan akaun di pejabat audit.

Apa-apa pun..semua minggu depan…


P/s - Risau juga hati setelah nampak mama kita sendiri berpampers...Allahuakhbar.


4.58pm



15 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page