top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Welcome Back. Selamat Kembali.




8.20am


Selamat berhujung minggu. Bangun dan termenung selepas solat suboh. Rindu pulak mau ke Tamu membeli sayur-mayur kampung dan nasi lemak RM1.50. Kuih-muih kampung dan soto. Kalau pasal makan, nombor 1.


Selalunya kalau Hari Sabtu, kami akan mula bergerak pagi-pagi untuk menunggu hitachi dan jentolak untuk menjalankan kerja. Selepas 3 dan 4 trip dan mereka mula bergerak, kami akan bergerak mencari sarapan. Kalau di Putatan, di tamulah tempat kami mencari makan. Nasi lemak RM1.50 boleh habis 3 bungkus. 2 husband 2 saya dan 1 bungkus bahagi 2. Makan pulak dengan sup soto. Perghh.... apa tidak terduduk selepas makan. Rindunya mau mansau-mansau mencari makan di tamu-tamu.





Kalau cerita pasal makanan, nda habis diceritakan. Nikmat dunia.





Belum lagi cerita semua orang mengambil kesempatan untuk balik ke kampung masing-masing setelah sekarang baru dapat keluar dari negeri masing-masing untuk berjumpa keluarga tersayang. Hati-hati memandu semua. Kirim salam mak bapa datuk nenek ya.



Okey, dengan segala hormatnya, dengan wujudnya PKPP, semua kerja boleh dijalankan.

Pejabat peguam buka dan itu bermaksud S&P boleh dibuat, pembayaran boleh dibuat tapi secara online, kami akan mula bergerak melihat tanah-tanah, site dan orang-orang mula bergerak membawa orang untuk melihat tanah dan kawasan.


TETAPI


Setiap pejabat-pejabat kerajaan hanya akan buka pada 15hb Jun 2020.

😁😁


Hey...jangan marah,

Hey...jangan mengamuk

Hey...jangan memaki


Tarik nafas


Ini maklumat-maklumat untuk memudahkan anda semua untuk berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan. Janganlah kamu serbu dulu. Tidak akan dibenarkan. SOP.



Ini kata-kata dari pegawai yang bekerja di dalam pejabat kerajaan.\


: Kawan² dan Kaum Kerabat².. Maaf sy gunakan medium FB utk mewar²kan ttg urusan JPN.. Memandangkan Ramai yg Betanya..

1. Utk Sabah / Sarawak / Semenanjung.. Guna jak link TEMUJANJI nie.. nnt PEGAWAI JPN akan kol bagi tarikh utk kmu berurusan sm JPN...

https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/ 2. LAbuan??? Nnt kmu serbu jak drg 15hb😉.. InshaAllah pegawai JPN Labuan akan bagi layanan CEKAP & MESRA sm kamu... TAPIKAN... Just utk memudahkan urusan kedua² pihak Pelanggan JPN & Warga JPN walau dimana berada.. Setiap dokumen yg diperlukan tu DILENGKAPKAN.. Potostat apa yg patut siap².. Bukan apa.. Takut bha nnt 3 jam suda kmu bebaris sanaa JPN.. disuru pulang sbb dokumen xlengkap... NAH... nt marah kmu sama kmi... 1 lagi... Klu boleh la... utk seminggu 2 minggu sebulan nie... Siapa yg mo bikin Kad Pengenalan IC 12tahun/18tahun @ saja² mo tukar ic Nasihat sy... kasi relax² tgu KURANG orang berurusan.. bru kmu dtg.. bukan apa.. takut nnt Gambar ic kmu nnt tebida... marah juga kmu lagi kan😅 Lagipunn... utk kanak² yg suda hari jadi 12 tahun.. Nda semestinya TARUS buat ic... Boleh juga labih² bulan baru buat.. tp jgn sampai 16 tahun ar.. nnt daftar lewat pula.. Yg kes hilang ic tu boleh buat takut nnt xdpt bantuan kesian... Laporan Polis jgn lupa buat n bawa ya... Bha... jgn lupa ar... Lengkapkan dokumen² yg diperlukan... Cek balik tu cek list sebelum berurusan d JPN.. SUPAYA NDA BALIK² KAMU DTG JPN.. KESIAN KMU TEPAKSA BERBARIS / MENUNGGU BEJAM²... #sekadarpandanganya😊


Seperti di blog saya yang lepas-lepas. Kena buat appoinment / temujanji untuk pergi ke pejabat kerajaan. Jangan marah ya tapi semua mau menjaga keselamatan.


Kelmarin saya telepon setiap pejabat Anak Negeri . Dari Beaufort, Membakut , Penampang dan Kota Kinabalu. Mereka sudah mula kerja tapi telepon dulu. Ini kerana mereka kerja dari pukul 8am hingga tengahari saja. Ada yang perlu buat temujanji. Apa-apa pun, mereka akan buka dari 8am hingga tengahari. Selamat berurusan.

Banyak perlu diusahakan ni sekarang. Ramai pelanggan saya , orang sabah berada di semenanjung mau balik ke Sabah dan terus berurusan di pejabat peguam dan ada yang mahu mengurus surat anak negeri terus.



Ketika pergi ke Pejabat Alam Sekitar di Kota Kinabalu untuk membuat temujanji dengan konsultan. Memohon permit pengambilan tanah. Akan ketemu lagi. Syukur pegawai-pegawainya amat membantu.



Saya pun minggu depan mau mencuba nasib ke Pejabat Pos kerana Lesen Memandu expired bulan Mac tahun ni. Ke JPJ...punya ramaiiiii...runner mau di suruh pun susah mau dapat.


Sekarang kita berehatlah dulu. Minggu depan kami mau bergegas sudah ni. Tanah untuk timbusan sudah sedia. Hanya menunggu selidik dari jabatan tanah mengatakan tanah tu tidak akan dikacau oleh pihak kerajaan dari segi pencawang apa-apa tiang atau mau dilimpasi oleh jalan. Oleh sebab jabatan tanah pun perlahan-lahan buka, makin perlahan-lahanlah kerja. Lori sudah dapat dan mereka sudah boleh bergeran tapi tunggu dari pihak kami yang menunggu juga masih dari jabatan tanah. Tengok, betapa kerja saling berhubung dengan setiap kerja yang ada. Sekarang pihak pengurusan penimbusan dari syarikat saya yang diurus oleh husband sedang mencari strategi bagaimana mahu membuang air takungan yang ada di beberapa kawasan tanah kami di Papar.


Malam ni saya post lagi satu cerita dalam blog saya. Tentang wowwwwwww.....orang lepaskan semua perasaan takut dengan jangkitan...asal dapat merentas negeri atau pulau.


Ini saya sertakan kata-kata dari PM kita.

kata-kata dari PM kita





10.20am

13.06.2020

Mdm Pawx

Kolombong

26 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page