27th August 2020
Macam sambung lagi MCO / PKPP kita di Malaysia ni tau. Apa-apa pun, kita tunggu minggu ni. Rasanya esok PM kita akan umumkan.
Baru dapat duduk tenang untuk membuat blog sambil minum kopi.
Full blast kami mengerjakan kerja di Kg Memboo, Tombovo, Putatan. 10 hari non stop bergerak di site, ke pejabat peguam, ke Jabatan Pengaliran dan Saliran, Penampang dan hari ni tidak bergerak ke mana-mana. Berehat di rumah. Planning strategi untuk kerja 2 tanah lagi di Kg Baun, Papar esok.
Punya siok dapat kerja tu. Ke hulu ke hilir, berpanas, lepak minum kopi sambil melihat kerja dari jauh. Panggilan kemarahan dari peguam kerana pelbagai perangai pelanggan yang mereka berdepan (hahaha...), wakil peguam saya kena urat...ada yang mengidam...minta belikan mangga dan buah-buahan....Syukur sudah dapat bergerak ke mana-mana.
Di tempat ni lah drone saya terkandas dan hilang. Tunggu mau masuk lagi untuk mengambil drone tu. Huhuhu...
Cantik sudah projek tanah di Tombovo. 70% sudah siap.
02.09.2020
8:35am
Morning semua. Harap semua sejahtera. Saya tertekan ni sekarang kerana, sejak mau Pillihanraya Negeri Sabah, semua jentera kena pakai atau mau buat kerja tiba-tiba muncul. Ehem...faham-faham sajalah yaaaa...
Kerja terpaksa postpone lagi. Sakit ni. Kerja dan mengejar dateline.
Ok, kita terus kerja. Hari ni saya mau bagi surat-surat dari kami kepada Jabatan pengairan dan Saliran, Penampang dan kepada Ketua Kampung Memboo , salinan-salinan surat ini kepada semua owner baru.
Biar kita buat kerja , semua ada permohonan dan pemberitahuan. Bagi salam juga kepada ketua di kawasan tersebut yang kita datang mau buat kerja, jadi tidak terkazut orang di kampung tersebut.
Banyak lagi kerja perlu diselesaikan dan dibuat A.S.A.P. ni. Tapi semuanya memerlukan kerjasama semua pihak.
Macam skema dan serious kalau dibaca ayat saya di atas ni. Takanan bah.
Lain rasanya kalau kita plan tapi tidak menjadi. Betul apa kata orang tua-tua.
Kita merancang, tuhan yang kasi tentu jadi atau tidak.
Dan....
Kepada orang-orang Sabah yang akan mengundi pada 29.9.2020, selagi belum ada nama wakil wujud, macam tiada saja saya tingo berkempen-kempen di sini ni bah.
Dan....
Kan betul apa yang saya taip di blog saya hari tu. Semua lah kisah peribadi wakil-wakil parti keluar. Ada perempuan simpananlah, kisah bini no 2 lah, kemajuan sebelum dan selepas lah.
Mau buat blog berasingan tau ni. Hahaha..kalau tidak, saya benggong, semua benggong membaca.
02.09.2020
9.21am
Comentários