top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Banjir dan musim tengkujuh.

Updated: 20 Okt 2022

12.10.2022

Pertama kali rasa sejuk di office ni.

Tenang-tenang diposisi. Sepatutnya ada client mau datang tapi ada hal pulak dia.

Staff di office saya bagi arahan pergi ke tapak tanah, ambil beberapa gambar sebab ada satu permasalah yang timbul tapi masalah yang lama bagi tempat tersebut. Perparitan.


Terberhenti menaip kejap sebab ada laporan dari staff...jalanraya masuk ke tapak tanah alhamdulillah tidak banjir. Bertawakal sajalah.



Kami telah menemukan permasalahan yang berpuluh-puluh tahun melanda orang kampung Bungug, Papar.


Saliran airnya teruk...

asal hujan...banjir....bukan ditanah...tapi dijalanraya.

Kami siasat semasa jentera dan lori belum turun sekarang ni. Asal cuaca tidak hujan...habis kami jalan tengok mana yang bermasalah.Ketua kampung Bungug pun kami sudah hubungi dan bagi surat pemberitahuan. Sabtu ni mau berkumpul setelah mengetahui mana-mana tempat yang menyebabkan air tidak mengalir.


Staff pergi keluar dan mengambil gambar-gambar yang man satu keadaan yang boleh menyebabkan tersumbatnya saliran air tersebut.






Pertanyaan saya nanti.


Kenapa tidak ada tindakan sebelum-sebelum ini.


Kesian tau orang kampung yang tinggal di sana. Kami ke sana guna 4 wheel adik ipar saya pun teraduh dan ter eh.


Ada beberapa buah rumah di sana. Cantik, besar dan luas. Kalau menternak ayam itik kerbau bah...sioknya.


Rumah tu, tiang inggi....tapi tidak ada penghuni.


Mula-mula kami di sana...tiap kali lalu, ada pertanyaan di benak hati saya.


Mana mereka yang tinggal di sini ya?

Kerbau yang best saya tengok.




(Lebih 20 tahun tidak tengok kerbau padahal waktu kecik dulu, saya siap tunggang kerbau arwah datuk saya lagi)


Sebenarnya....dah terdetik dijiwa ni untuk kembali ke kawasan yang boleh

bercucuk tanam, memelihara ayam, menanam pokok lada padi, pandan, papaya dan buah-buahan yang dapat disayur dan makan.


Korang tak perasan kah sekarang?

4 batang serai dah RM2.

Pandan serumpun dah RM5.

Jangan cerita lah kalau lada pdi.

10 biji dah RM2.


Kalau balik kampung, segala papaya,lada padi, pandan siap ada pohon merunggai ...semua boleh disayur dan masak. Petik jer.


Ekonomi sekarang...kita susah nak ramal.


Kami di rumah ada 1 list barang-barang yang wajib dibeli untuk setiap sebulan dan 2 minggu. Tak pernah kurang dan tambah list / senarai tu.

Beras minyak gula bla bla bla


10 tahun lepas...RM200. Cukup

Sebelum PKP RM300. Mengeluh.

Selepas covid dan hidup pandemik ni...RM700!!!

Barang yang sama tu.


Diam jelah.


Kerja keras dan jangan putus asa dan semangat jer selagi Allah Taa'la bagi tenaga dan kesihatan untuk hidup dan mengumpul pahala ni.


Sekarang mau larii dari topik.


Mengundi kah tidak ni ah?


Kata mengundi untuk disemenanjung sahaja.Tapi kalau parlimen bubar...ena juga mengundi tu.

Malasss saya pergi memngkah kali ni. Sebelum ni..lain parti saya untuk...orang lain melompat , parti tu jua. Tapi nauzubillh kerjanya...yelek.


Akta melompat sudah luluskah?

Kali ni...kena bagi tiket balik baru saya balik..mengundi tak tahulah.


Macam kontraktor saya yang buat pembersihan tanah di Papar.


"Jarang orang membuka tanah hujung-hujung tahun, madam. Tengkujuh". Dia cakap.


Samalah kes menguundi sekarang. Musin tengkujuh yang sentiasa banjir dan sekolah-sekolah yang dijadikan pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir akan digunakan. Sekrang, pusat pemindahan tu dijadikan untuk tempat mengundi. Mana orang-rang yang tiggal sementara tu pergi?


Berfikir saya sejenak. Merbahaya sudah pengurusan kerajaan kita ni.

Jauh betul lari cerita blog ni hari hahaha...

Hari Sabtu lepas kami sepatutnya ada perjumpaan dengan beberapa orang penting di Kg Bungug untuk menyelesaikan masalah perparitan. Postpone sebab masalah kesihatan mak bapa masing-masing.


Kami akan bermesyuarat semua dengan JKK Kg Bungug dan beberapa pemaju dan Syarikat Pertanian di kawasan tersebut.

Mau sama-sama kerjakan mana-mana masalah yang menyebabkan air tidak mengalir dengan baik.


16.10.2022

Ya, kami berehat sejenak untuk mengurus hal-hal keluarga sekarang ini. Hujan di Papar come and go. Jentera dan lori ampai-ampai.



Ngam-ngam sekarang ada masa untuk melawat mak bapa.


Si suami balik kampung dia sebab bapa mertua tidak mau makan...


Mak saya pulak,


Mak saya pernah membuat pengantian lutut biasa ke lutut besi dan setahun sekali dia perlu buat pemeriksaan untut melihat bagaimana keadaan dan post mortem.

Sekarang ini , alhamdullillah baik...

dan

sekarang mau tengok lagi lutut disebelah pulak.


Temujanji sepatutnya setiap bulan January , setiap tahun sejak 2017. Tapi 3 tahun sudah tidak check up di Hospital Kota Kinabalu oleh disebabkan Covid dan PKP, perlu mula semula check up dan kalau mama setuju mau operate lagi di lutut sebelah, dia perlu membuat pemeriksaan kesihatan untuk betul-betul firt untuk membuat pembedahan.


Memujuk mama kami ni untuk check up..mengambil masa sebulan ...

hahaha....segala pujuk rayu dibuat.


Ya Allah..

janganlah saya begitu waktu tua-tua nanti...hahahaha....kesihatan dan kedegilan.


Takut pulak nanti waktu tua..


iskh panjang pulak pemikiran.

Apa-apa pun, keluarga masing-masing sihat sejahtera. Setuju si mama untuk datang ke Hospital Queen untuk buat pemeriksaan kesihatan dan yearly check up.

Balik lah ke Kota Kinabalu untuk menunggu panas muncul.


17.10.2022



Satu hari hujan tanpa berhenti. Selepas magrib baru berhenti hujan.

Boleh-boleh tertidur depan tv ketika menonton wayang hantu.

Punya pelik.


Handphone sunyi kalau petang-petang. Hanya email yang datang.


Buka handphone, Mdm Aniza ada inform...buyer yang bermasalah tu mengusut lagi...

Sudahlah tidak mau sign MOT (menyebabkan proses ke jabatan tanah yang buyer lain lambat), dia hantar email mengugut pihak kami membayarkan sewa rumahnya dari bulan April 2022 hingga sekarang.


Ter Oh My God saya terus....


Hahahahaahahaha....berketawaan terus saya dengan si Mdm Aniza.


Pembeli orang Sabah..laki dia dari Negara India..


Langsung tidak hormat budaya dan peraturan Malaysia.


Waktu kami berlawan cakap di pejabat peguam...dia sempat bercakap


"India much better than Malaysia"


Bah..kalau sana lebih baik...bawa bini mu ke India lah...

Sudahlah tambirang....sekali kami bagi kata putus..pandai diam.


Saya kesian dengan penama yang membeli tanah tu. Satu patah perkataan pun dia susah mau bercakap. Terfikir juga...macam manalah dia boleh dia kahwin dengan orang asing yang teruk perangainya tu.


Apalah kurangnya orang Sabah dan Malaysia. Tahu budaya kita.


Sekarang mengusut lagi.

MOT tidak mau sign....akhir kata..bagi baliklah duit dia.


What to do.


Esok kita tengok macam mana akhirannya...








27 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentarios


bottom of page