Lupa/ Alpa dengan Semua Tapi Sedar setelah kehilangan
- trustpropertiestp
- 24 Sep
- 2 min membaca
Satu perkataan yang amat ditakuti…disedihkan…ditinggalkan…
Perasaan Kehilangan

Akan Tetapi itu Adalah lumrah hidup kita sebagai seorang manusia di dunia yang sementara ini.
Kita Berfikiran Positif.
Kebaikannya…kita akan menjadi manusia yang belajar apa yang baik kita ambil…yang buruk kita belajar dari keburukan tersebut tapi jangan diulangi lagi.
Kehilangan Orang yang tak akan kita ketemu lagi Adalah satu kesakitan yang amat memeritkan.
Apa saja luahan kita seperti biasa...tiada lagi dijawab dengan nasihat dan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Kematian orang yang kita anggap sebagai penyeri hidup kita. Setiap nasihat yang keluar dari mulutnya amat dibenci tapi setelah dia tiada, kita amat merindukannya.
Kata-kata nasihat beliau akan melekat dijiwa dan telinga tapi alangkah pilunya kerana kita tidak dapat berdepan dengan nya lagi.
Kehilangan orang yang sentiasa dengan kita, menjaga kita Ketika kita sakit, susah …
Tiba-tiba meninggalkan kita kerana mengejar kehidupan lain, suasana yang berbeza…
Beberapa Ketika, kita merindui nya tapi..itulah lumrah hidup…
Bersama tapi tidak hidup Bersama-sama kerana pelbagai perbezaan dalam kehidupan.
Semoga berbahagia dengan kehidupan lain.

Kehilangan vs ditinggalkan.
Kehilangan yang diucapi dengan selamat tinggal amat bermakna berbanding dengan kita di’ghosting’ ditinggalkan.
Ditinggalkan tanpa penerangan dan penerangan kenapa.
Hancurnya jiwa dan hati seorang manusia.
Tak kira lelalki atau Wanita.
Pertanyaan di benak akan sentiasa muncul..
Apakah salah ku?
Kenapa aku yang ditinggalkan?
Semu ani akan muncul kerana tidak akan penerangan yang jelas.
Kehilangan Benda yang sudah menjadi kebiasaan.
Sentiasa ada disetiap detik kita mau.
Sentiasa siap sedia Ketika kita memerlukan.
Menyebabkan kita alpa dengan diri kita sendiri.
Malas dan membuatkan kita lemah kerana memerlukan orang lain untuk membuat kerja kita.
Mereka telah tiada.
Kita kehilangan mereka …sedih hanya untuk sementara kerana dalam hidup ini…..
If you want to do the work perfectly…
Do it yourself.
Itu Kenyataan dan kebenaran.
Mati pun ditanam sorang diri di dalam kubur.
Sedih dengan kehilangan
Percayalah kamu semua….kalau difikirkan…sampai ketualah feeling down.
Tapi…
Hey…wake up!!!
Bangun dan sedar.
Kehidupan kita perlu diteruskan.
Beras perlu dibeli..bil SESB dan air perlu dibayar.
Mereka yang mau berhenti
Mereka yang mau perubahan
Good For you.
Harap apa yang kamu belajari dari saya boleh kamu gunakan ditempat kerja kamu yang baru.
Fakta, Huraian dan contoh akan saya berikan diblog akan datang.
Komen