top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Cerita Satu Tanah Tombovo 2

Petang semua. Harap anda semua dalam keadaan sejahtera, cukup minum air putih dan jauhkan diri dari tempat-tempat yang ramai orang ramai. Gejala influenza menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Pakai mask ni tapi semput pulak, lemas jadinya.


Hari ni saya mau kongsi pengalaman saya dan syarikat saya tentang tanah kedua saya di Tombovo, Putatan.


Sewaktu kami dapat ni, diberikan keluasan dalam 0.80 ekar. Boleh tahan juga harganya. Susah kami mau cakap, kemungkinan empunya tanah ni mahu cepat kaya. Jadi kami lihat baik-baik dan terus berjumpa dengan 'owner' tanah tersebut. Runding dan tawar harga. Garu-garu 'owner' dan kami. Harga yang ditawarkan boleh cabut bulu kaki.

Cantik tanah ni. Ditepi jalan sahaja.


Tanah ini sebenarnya sudah 'tertimbus' oleh jiran sebelah tanah ni. Bersyukur kami. Jiran sebelah ni bekas cikgu tapi sekarang di Jabatan Pendidikan. Waktu dia beli tanah yang sudah dia tinggal selama 7 tahun ini, merupakan tanah paya. Berair dan amatlah susah hati kalau mau buat rumah. Dia timbus setinggi 12 kaki. 12 kaki!!! Jadi , setelah diukur, tanahnya seluas 6000 prsqft. Terlebih pulak tanah yang ditimbusnya itu. Dikikisnya semula dan dibuang disebelah tanah beliau. Inilah hasilnya. Dia kikis dan buang setinggi 6 kaki. (Bersyukur saya sebab free-free kami dapat tanah keras sudah bertimbus). Tanah tu sekarang kuat dan ditumbuhi dengan rumput.

Mula-mula kami mengiklankannya, semua 6000 prsqft. Sebab 0.80 ekar. Kami panggil tukang ukur berlesen dari Jabatan Tanah Putatan, baru dapat tahu yang tanah tu sudah diambil sekurang-kurangnya 0.07 ekar oleh Mindef (Ministry of Defence Malaysia - Kementerian Pertahanan Malaysia). Sebelah tanah ni ialah Depot Peluru (Kununnya ada penyimpanan peluru Kem Lok Kawi). Macam tidak jadi kami ambil. Tapi setelah berhubung dengan pihak Lok Kawi, rupanya tinggal bangunan saja lagi. Semua peluru dan bom-bom telah dipindahkan semula ke dalam kem. Ini sebab menyusahkan pihak Kem hari tu. (Kes Tanduo - payah keluar masuk dan menganggu orang awam di kiri dan kanan.)


Jadi, kami tidak mahu mencari pasal dan menghadapi masalah. Kami minta 'owner' tanah tersebut pergi ke Jabatan Tanah untuk memastikan tidak ada keveat / cukai yang belum terbayar / masalah yang kami akan hadapi sebelum 'dia' lepas tangan. Duit sudah sedia di Pejabat Peguam tinggal original geran.


2 bulan kami tunggu 'owner' pergi berurusan dengan Pejabat Tanah. Kami sendiri berurusan di Jabatan Tanah Putatan. Macam ping-pong kami dibuat mereka. Geran original kami bawa untuk tengok keadaan sebenar. Rupa-rupanya tanah 0.80 ekar tu sudah diambil oleh Pertahanan awam sebanyak 0.07 ekar. ( Saya sudah tulis di atas...)Tinggallah 0.72 ekar. Nasib baik kami ni jenis berhati-hati dan berjaga-jaga.


Terus berjumpa terus dengan 'owner' dan dia mengaku dia kena bayar RM4K lagi sebab datuk dia sudah terambil lebihan potongan bayaran dari kerajaan / Pertahanan.

Di sinilah kami dapat geran dan photostate kad pengenalan owner sebenar tanah tersebut. Adik 'owner'. Owner sebenar tidak berani bercakap dengan kami padahal tiap kali kami berbincang bersama-sama, dia ada. Dia terus cerita kisah sebenar. Adik dia ni terpaksa menjual tanah tersebut kerana dia telah dihalau oleh anak abang mereka kerana tanah dimana dia tinggal sekarang sudah dijual oleh anak saudara. (ada-ada saja dan mesti ada sebab-penyebab kenapa mereka jual tanah). Jadi, dia terpaksa keluar dari rumahnya sendiri dan tinggal menyewa untuk sementara waktu. Kami hanya dengar dan angguk-anggukkan kepala kami.


Sekarang kami hanya menunggu geran original baru sahaja dari jabatan tanah. Tunggu, menunggu dan tertunggu-tunggu.


Inilah lakaran yang telah dibuat oleh tukang ukur berlesen.


Sebenarnya projek

Ramai sebenarnya orang mau cari tanah di Putatan. Dari ke Datuk Ke Pesuruhjaya Polis Ke Kastam. Laku betul tanah di Putatan tu. Tapi masalahnya, owner tanah di sana. Tahukah anda semua...seekar tanah NT di area Putatan ialah RM600k. Tapi yang berjual, seekar rm1juta. Manalah orang akan kasi keluar RM1 juta untuk aset yang tidak betul nilainya. Bank pun tidak mengalakkan dan melarang sebenarnya. Kena cukai 30% tu.

Kalau nilai tanah rm600k - cukai sudah = RM180k kami bayar , pastu RM400K lagi RM120k lagi (180k + 120k= 300K tax) baik saya beli tanah di Papar....boleh dapat lebih 20 ekar.


Owner tanah tidak ambil peduli tu. Padahal dalam 3 tahun akan datang, akan mendatang surat LHDN kepada mereka menuntut e-cukai tu. Sebab yang membayar sepatutnya penjual, bukan pembeli.


Sekarang biar saya cerita di tanah ini.

Lot 1,2 dan 3 - ada 5 orang adik beradik mau beli tapi hanya seorang yang membuat pinjaman di bank kerana dia kerja kerajaan. Lain kerja swasta. Menawar sampai saya terduduk. Tapi akhirnya tidak jadi kerana budget tidak cukup. Perkara yang saya tidak suka ialah, membuat dulu plan rumah awal-awal sebelum dapat berita membeli atau tidak. Buang masa saya.

Datang Inspektor polis laki bini mau beli lot no 5. Sudah deposit di pejabat peguam. Tengok-tengok tidak jadi kerana mau buat pinjaman kerajaan. Bermula tahun 2020, pembelian atau pinjaman kerajaan untuk beli tanah lot tidak dibenarkan. Kecuali tanah lot tersebut sudah ada geran individu.


Sekarang tanah ini sudah ada pembeli untuk lot 3,4,5 dan 6. Hanya menunggu panggilan dari pihak peguam sahaja lagi.


Tinggal lot 1 dan 2.


Harga selot yang tinggal sekarang ialah RM100k.

Semua ditanggung oleh kami.

- Bersihkan

- Timbus

- Longkang

- Jalan

- Tiang SESB


Tanah untuk menimbus kami sudah sedia. Tidak sampai 100 meter. Jadi senang kami berurusan. Tidak perlu risau tentang JPJ, JKR, Traffik.


Rabu - 19.02.2020 kami sudah dibagitahu untuk mengambil geran original yang telah diubah mengikut ukuran terbaru. Syukur kepada tuhan. Sekarang kami boleh senang dan tenang untuk membuat penimbusan. Tanah penimbusan nanti kami mau timbus untuk tanah ini....





dan ini.




18.02.2020

Kota Kinabalu yang sunyi

364 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page