top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Harmoni Keramaian Selepas Hilangnya Covid

30.5.2022

Hari terakhir Syawal.


Sakitnya pinggang…

Kelmarin kami turun dari kundasang…selalunya 2 jam..sampai tamparuli..

Tapi kelmarin…4 jam…


Hebat…sakit seluruh badan….semalam terpaksa makan ubat panadol…takut demam keesokan harinya…tapi ada rasa mau demam…satu hari berada di rumah…cuci baju outstation…pastu…mengampai satu hari…sakitya pinggang…tuhan sajalah yang tahu.





3 tahun semua acara dan keramaian yang selalunya ramai dan happening…kali ni semua rayakan berabis, orang sabah bilang.


Ada boss udah yang mengendalikan lori dan jentera tapi minta tempoh…sebab tidak kena lepas dari rumah sebab 3 tahun tidak ketemu adik-beradik seluruh tempat…berkumpul di Ranau…

Oklah…no problem sebab…kami sendiri , raya hari tu….sekali berkumpul…semua ada…

Hari raya terkejut lagi…

Biar kita bersama-sama family dan berghumbira.


Kembali kepada perjalanan kami balilk kelmarin…tidak pernah-pernah jem…

Kami fikir…ada lori kah di depan…bas dari Sandakan atau Tawau…bukan juga…

Kami diam-diam saja selidiki….sekali lapang jalanraya…lapang habis…tapi sekali jemmm…jem berabis…


Pitstop ke 3 dan 6 tempat…barulah kami dapat tahu…kenapa tiba-tiba jem…

Asal dekat tempat “sinalau Bakas”…punya jem….orang parking…50 meter ke tempat tu..hingga 50 meter ke depan dari Sinalau Bakas…


Rupanya….ramai yang mahu berhenti untuk makan Bakas.

Ada 6 pitstop yang ada Sinalau Bakas…selepas last orang berhenti makan Bakas….tak sampai 45 minit…sampai terus ke Tamparuli…balik ke Kolombong pun…smooth saja…tapi orang mau ke Ranau..jem gila..



Bersyukur dapat balik dengan selamat.

Tapi keesokkan harinya baru terasa…perrghhh

Isninnya saya terbungkang di depan television. Orang-orang di rumah pandai-pandailah cari makanan dan buat hal masing-masing.


Pinggang punya sakit.

Mungkin terlampau duduk dan bergoyang waktu jem turun dari kundasang.

Berehat dengan secukupnya.

Pastu ada pulak lah emergency anak-beranak…

Malas mau cerita hanya…ada budak ini membawa @ ikut kereta kawannya…eksiden suboh. Pandailah bapanya mengguruskan. Tapi hati terkejut teramat sangat.

Tak keluar sebab mau focus dengan kesihatan dan keluarga.


Keesokkannya saya mengambil beberapa document dengan seorang sahabat yang baik.

Balik rumah, mengampai lagi.


Dapat whatsapps yang gambar-gambar di Tanah Luanti, Ranau sudah siap. Terima dengan google drive. Tidak saya puas hati. Saya mau bawa lagi untuk ambil sekali lagi.


Kembali bekerja seperti biasa staff di pejabat saya minta pergi ke bank untuk membuka akaun cimb. Senang nanti membuat permbayarn gaji dan komisen mereja.

Mengumpul semua document dan memperbahagikan mana satu document untuk peguam-peguam saya.


Tak boleh focus kepada satu peguam saja sekarang sebab lama-kelamaan jadi susah pulak berurusan. Harga fee makin naik dari akta sebenar, sudah pandai melewatkan clearing payment dengan kami (menjadi-jadi kelewatannya), draft S&P makin lewat dan tidak mahu membagi dengan pelanggan dan yang saling paling tidak suka….emosi. Tidak professional langsung.


Malaslah nak kata negative tentang orang, hanya bak kata orang yang tinggi darah [orang lama lebih makan garam] hahaaha…


Kalau kita permudahkan urusan orang…urusan kita tentu akan mudah juga.

2 firma guaman baru saya lantik untuk 2 tanah di Kinarut dan Papar dan 1 tanah di Kionsom.


Sekarang….permasalahan yang timbul.

Tanah di Papar berkurangan [ lama lagi in sha Allah tidak].

Tanah di Ranau terlebih sudah.

Di Papar tunggu akauntan greenlight , terus on.

Di Ranau….tarik nafas jap….


Kami ada lantik kontraktor untuk membuka, membersihkan dan meratakan…serta mengalihkan AKA menjual tanah trip di sekitar Ranau. Surat perjanjian tidak mau tapi resit dia bagi. RM90K dia minta. OK kata Manager saya.


Dalam 2 minggu sebelum bulan puasa sia kerjakan…mulalah macam-macam alasan. Minyak tidak adalah…sudah tahu segala kerosakkan dan mimyak dia akun akan tanggung. Saya bayar ikut progress. RM22k sudah dibayar …tiba-tiba tidak sanggup sudah. Dengar-dengar orang rumah dia bising sebab terlampau jauh. Penampang – Ranau.

Lari

Terbengkalai pulak.



Lebih 3 kontraktor kami berunding. Semua kejauhan walaupun lumayan.


Last sekali saya ditelefon oleh seorang uncle di Ranau. Tidak tahu dari mana dia dapat nombor telefon saya.


Dia memperkenalkan dirinya orang yang mengerjakan kerja-kerja disebelah tanah kami di Ranau.


Kami berjumpalah.


Rupanya…dia lama sudah mahu berkomunikasi dengan saya tapi dia segan. Malah dia takut dia kena tipu lagi. Patutlah tempat tu…mereka ambil kayu-kayannya…untuk dijual.

Mahal tu jenis-jenis kayu keras di sana tu.


Kalau dibuat tiang rumah, alas mengerat untuk memasak…sasaban orang kami bilang, buat pagar rumah bah…cantik dan kuat tau.


Entah dari mana dia tahu saya bayar RM22k dengan kontraktor yang lari tu…dia terus cari saya.


Dia terkejut kerana kami yang bayar kerja ikut progress pun kontraktor boleh lari.

Dia cerita yang…orang yang meminta mereka membersihkan 5 ekar tanah disebelah tanah kami tu HANYA membayar RM1K!


Terkejut saya….entah betul atau tidak….dengar boleh, percaya jangan…kami sudah penat.


Jadi dia bagi nombor telefon orang yang boleh sambung kerja-kerja di tanah kami tu.

Lega….boleh tidur dengan tenang sudah.


Jadi kami buat appointment untuk ketemu dengan sahabat baru ini.

Ngam-ngam pulak Kaamatan. Dia kata, sudah 3 tahun tidak berkumpul dan berjumpa semua adik-beradik.


3 kali postpone.


Tidak dapat lepas dia bilang....asyik kena bagi tumpung depan mukanya....hahahaa


Tapi manager dengan dia sudah berunding. Dia akan sediakan 3 lori 10 tan dan 1 lori 7 tan. Senang keluar masuk jalan kampong.


Tapi sampai sekarang belum ketemu sebab masih kogutan kali.


Sabar…benda yang lambat dengan kesabaran yang tinggi akan menghasilkan hasil yang nikmat,


Jadi,

Semalam saya lewat balik sedikit kerana melepak dengan bos drone untuk mengedit mana-mana gambar dan video yang sesuai. Dalam masa yang sama melihat cucu saya.

(Anak buah sendiri ada kepakaran drone . Kita jaga kita dan kita majukan kita sendiri. Bah sapa lagi mau kasi maju kita kan kalau tidak ada support dari kita-kita juga)

Sambil melihat cucu yang membesar dengan sihatnya…melepak terus.


Alhamdulillah.


Kembali kepada cerita kita.

Hasil gambar dan video dari drone, puashati….

Nanti siap kerja,mau ambil sekali lagi.










6.6.2022

9am.

Kamu tau apa kerja saya setiap kali lepas suboh?



Merenung langit…setiap hari.

Tengok facebook Malaysian Meteorology dan ramalan cuaca.

Kontraktor yang membuat kerja di Papar…ada 2 syarikat.

Faham tentang cuaca.

Satu ni sajalah…kuat menagih padahal agreement belum dia signing lagi.

Nampak sudah keadaan yang akan membuatkan saya berserabut.

Kelmarin ada call salah satu syarikat yang akan buat kerja-kerja penimbusan.

Kak, semalam hujan. Dengan emoji senyum kelat.

Hahahaha….

Caranya begini…yang pernah saya sendiri ikut dan memantau penimbusan dari syarikat yang betullah.

Tunggu cuaca 2 hari betul-betul kering.

Hari ketiga jentera turun. Hari keempat , berabis lah mereka mengejar trips.

Tapi…kalau 2 hari tu panas, tiba-tiba hari ke 3 tu hujan atau malamnya hujan. Kena tunggu lagi 2 hari panas.


Korang tahu kenapa?


Kalau buat juga, jalanraya akan berheretan tanah kuning, becak/lecak kawasan tu terpaksa guna signalman untuk membersihkan jalanraya yang berdekatan dan jalanraya yang mereka lalu.


Kalau tidak…adalah abang polis bermotor akan datang meround dan bagi surat cinta berharga rm300 hingga rm1000.


Takkan haru tu.

Dengan emoji senyum kering.


Tapi, masa mereka rancak menimbus tanah sewaktu cuaca panas, ramai yang tidak suka tu. Berhabusklah, bisinglah dan merbahayalah.


Macam mana mau Berjaya.

Sabah Maju Jaya.

Bila mau jadi kenyataan dan dengan jayanya.


Ada satu kawasan di Putatan. Saya dulu pernah tinggal dan merancang mau buat rumah di sana.


Ada saja halangan. Ada tanah di sana tapi setelah saya lepak dengan rakan-rakan yang ada rancangan di masa depan di kawasan tu.

Saya jual balik.


Banyaknya pembangunan yang akan dan bakal dibuat di kawasan Putatan.

Kawan-kawan yang sudah ada beli tanah di sana. Bersyukurlah…hanya harap kawasan rumah mereka tidak akan dikacau dan ada gangguan semasa kemajuan sedang dibuat dan dibina.


Saya ada beli tanah pada tahun 2016 di Putatan.


Punya bersemangat saya mencari design rumah.

Tapi …ada member bawa lepak dan inform dia ada bawa plan mana-mana kawasan yang akan terjejas. Kalau kita membeli rumah atau tanah, mudah betul tersebar luas.

Dia bawa terus jalan Pan Borneo. Waktu tu tidak sibuk sungguh orang tentang projek Pan Borneo.


Punyalah saya kata, tiada apa-apa ni. Jangan kau bilang si kawan tu.


Mungkin rezeki saya melepak dengan ramai orang, saya dapat tanah lagi besar dan lebih murah di Papar dan Kionsom, saya jual tanah tu dan saya beli tanah lain.

Perggghhh…baru saya Nampak sekarang.

Ramai kawan beli tanah, kecil sungguh, mahal pulak tu. Ntah sudah dipecah geran kali lah. Malas juga saya mau Tanya.


Banjir….


Sekarang kalau bukan banjir…..berhabuk.


Paling bestnya…ada Mantan YB di kawasan tersebut jenis yang rajin…semua saliran yang kecil-kecil dia suka korek dan timbus ditempat tidak mendatangkan banjir. Tapi….tidak dia dalamkan saliran-saliran air tersebut.

Kami timbus untuk buat jalan…dan membuat jalan masuk…2 minggu gitu…ada kontraktor di kawasan tu akan korek balik.

Hahahaha…mau marah pun salah…last-last kami terbengkalai sebab kawasan tu bertahun-tahun tidak pernah banjir…boleh-boleh air boleh melepasi air sungainya…Bah…

Kami selidiki dari mana masalahnya. Rupa-rupanya…

Jalan Pan Borneo yang baru…timbus dulu baru lepak culvert , baru timbus lagi…jadi..tinggilah saliran air tu.


Apakah yang mereka sedang fikirkan ketika membuat saliran tu kan?




Ini bukti dia




Itu pasal ada beberapa orang tidak suka berurusan dengan saya…sebab saya cerewet.

Sebelum letak culvert…saya mau saliran air dikorek dulu..baru letak tayar buruk supaya tu culvert waktu diturunkan dari lori tidak pecah atau retak. Baru letak baik-baik…kasi tenggelam sikit dari tanah saliran air tu…baru timbus.


Waktu tu saya mau di sana. Ada sebelum ni…saya tidak pergi…kunun percaya dengan orang yang buat…

Nak marah…kena sabar.

Berlubang bah jalan masuk atas culvert tu..di tanah melugus.

Nasib baik ada yang sanggup buat balik.

Ok....kita sambung nanti selepas kerja-kerja menimbus di Papar.

8.6.2022

30 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page