top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

If you want the job done...do it yourself

Sakitnya hati ini setalah mendapat tahu orang yang kita percaya dan amanahkan tidak membuat satu perkara pun selama kenal orang tersebut.


Baiklah...ceritanya begini.


Seperti blog yang terdahulu, kami ada membuka cawangan di wilayah persekutuan Labuan.


Ada 3 tanah yang kami urus di sana. Bebuluh, Bukit Timbalai dan Lubuk Temiang.

Amatlah mahalnya tanah di Labuan, jadi kami usahakan untuk mendatangkan kesenangan orang-orang mau tinggal di Labuan terutama sekali yang ingin membuat rumah di sana.


Tanah di Bebuloh sudah lama saya buat sendiri tapi setelah tidak cukup tangan saya untuk mengusahakannya, saya telah melantik seorang untuk menjadi pengurus saya.

Kerja beliau adalah sebagai penganti saya menguruskan segala proses perpecahan dari tanah besar , di jabatan tanah dan segala pemantauan kerja meratakan kawasan.


Setelah 3 tahun...tiada apa-apa dia buat. Syukur kepada tuhan tidak saya bayar gaji hanya pembayaran upah itu dan ini. Tapi duit juga tu. Susah dapat pengurus yang baik.


Dalam masa yang sama ada seorang pengurus yang menawarkan untuk menyambung kerja tersebut. Saya setuju sebab saya tahu kerja-kerja sites dan pengawal beliau terhadap jentera dan pengurusan tanah. 2 tanah baru saya minta dia sebagai pengurus dan wakil saya di Labuan. Alhamdulillah, saya nampak berjaya. Hanya masa covid ni menyebabkan kelewatan sedikit. Pengurus seblum ini hanya jadi orang suruhan jabatan-jabatan kerajaan. Bunyi pandai tapi satu benda pun dia tidak buat.


Bulan November 2020, saya ada sediakan plan untuk keluar dari geran besar. Dia hanya perlu minta tandatangan setiap penama di dalam geran besar tersebut.

November, Disember, masuk bulan dan tahun baru, January 2021, February, March, April, May, June dan sekarang July...plan tu masih di atas meja di mana saya tinggalkan.


9 bulan.....9 bulan dia tidak buat apa-apa. Alasannya? Dia malu....Allahuakhbar.


Malu kerana mau cari duit?


Perjanjian kami....untung 50/50. Kalau RM400k....200k dia punya.... Tidak mahu duit kah?


Malu...itu alasan dia...tapi minta duit seminggu rm200 dengan HQ tidak malu. Mama sakit mau ke klinik, minta duit..tidak malu. Anak mau masuk asrama...minta duit RM200...tidak malu....


Panas saya ...


Benda ni saya tidak akan tahu kalau pengurus saya yang seorang tadi tidak bagitahu.

Tiba-tiba dia bagi tahu yang pengurus 1 minta angkat segala kerusi meja dan fail-fail di pejabat kami di Labuan. ok...saya kan di Kota Kinabalu...pandai-pandailah urus. Pengurus 2 saya pergilah angkat apa yang boleh diangkat...dia bawa kawan sebab dia tu perempuan. 2 kali dia angkat barang-barang tu.


Kali kedua dia datang ke pejabat tu, tiba-tiba orang yang ada di sana memaki-maki dia. Terus pengurus 1 bagi tahu yang barang-barang tu kemungkinan di sita. Pelik juga saya...terus saya berurusan dengan owner office yang pengurus 1 sewa tempat tu.

Baru dapat tahu kisah sebenar.


Pengurus 1 langsung tidak berhubung dengan owner tempat office tu, sebab saya tidak ada nombor telefon owner office tu...kan yang empunya nama untuk menyewa office tu ialah pengurus 1. Geleng-geleng kami bercakap. Baru kami mengetahui kisah sebenar. 9 bulan dia biarkan pihak saya dan pihak empunya office yang dia sewa tiada khabar dan kami tertunggu-tunggu. Akhirnya berunding dengan baik. Kami bayar separuh. Berniaga...masing-masing berniaga. Jangan merumitkan keadaan waktu darurat ni. Rezeki Allah Taa'la akan datang 100 kali sekiranya kita memudahkan segala urusan.


Akhirnya...betul kata-kata dari Napoleaon Bonaparte...


"If you want the work done,,,,do it yourself"


Sekarang , walaupun fasa 2....kerja disambung...berjalan.

Sebelum ni...kerja sembunyi-sembunyi...


Kerja-kerja di Papar...JKR yang sambungkan tapi mereka pun 30% saja kerja luar.


Nak cakap macam mana pulak.


15.07.2021

9.21pm

13, 215 positif.


13 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentarios


bottom of page