top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Kehidupan Selepas Gelombang Ke 3.

10.11.2020

2.45pm


Baru dapat bergerak sebab demam panas,sejuk, cirit-birit, sentiasa lapar tapi tidak ada selera,kaki kebas, tangan berdenyut-denyut dan bersemut-semut, sakit pinggang dan belakang dan sakit bahu.






Takut kena virus covid19 sentiasa di kepala saya. Abang ipar saya, Tuan Alias Abu, pegawai Operasi Bomba cawangan Kolombong baru saja meninggal dunia kerana dijangkiti virus covid19. Arwah dijaga dengan baik oleh staff Hospital Queen tapi kita tahu apa yang berlaku di dalam tu. Tidak kuat hati dan perasaan saya mau taip lebih-lebih sebab confirm kakak saya ada membaca blog saya ini....


Sepupu, mak cik dan kaum kerabat suami di Tawau ramai yang kena virus covid19 ada menceritakan bahawa ketika mereka didapati positive covid19, mereka diangkut dan ditempatkan di dalam camp dan akan dipantau sahaja.

Mereka bercerita bahawa, memang tidak ada ubat diberikan kecuali vitamin c. Bila demam datang, mengigil dan terketar-ketar, hanya diberi vitamin C dan diperhati sehingga demam tersebut hilang sendiri.


Benda yang sama terjadi dengan saya. Akan tetapi banyak bantuan luaran dan dalaman.


Husband siap sedia sediakan air kelapa, air lemon panas dengan madu, non-stop untuk 3 hari 3 malam. Makan nasi putih dengan ikan goreng saja sebab itu saja yang boleh masuk.


Tidak bergerak langsung dari katil kecuali untuk membuang. Cirit-birit jangan kiralah ke tandas. Air kelapa kan...cuci habis. Habis keluar...


Kalau saya ke hospital dan bagi kertas ini, confirm saya akan kena tahan dan akan mengigil seorang diri atas katil. Nauzubillahiminzaliq...


Saya sampai Kota Kinabalu 31.10.2020. Menghadiri pengurusan jenazah arwah Abang ipar pada 02.11.2020.... Mula demam pada 05.11.2020 hingga 08.11.2020. Tidak pernah saya sakit seperti ini.


Tadi baru saya ada tenaga keluar untuk melihat alam. Itupun husband drive dan dia yang pergi beli-belah.







11/11/2020

9.04pm


Saya baru dapat tahu yang Kota Kinabalu tutup habis sebelum ini. PKPD. Sewaktu saya STUCK di Labuan selama SEBULAN beb..SEBULAN.... Di sana PKPB...boleh jalan-jalan. Sekali saya balik sini...semua orang macam zombie.Beli barang-barang lepas tu balik rumah. Makanan pun hanya ditapau dari restauran. Semalam baru ada kuatkuasa boleh makan di restauran dan tempat makan tapi macam biasa, jaga SOP.



Punyalah ramai orang melepak di Kedai India. Penuh meja. Memang semua lupa SOP lah sekarang walaupun masih tinggi graph covid di Sabah.


Jalan sekeliling segama dan sinsuran. 90% kedai tutup. Hanya buka kedai 7E dan kedai pakistan.


Jalan sunyi sungguh walaupun di hujung minggu.



15.11.2020


7.35pm

Susah nak kata tapi bersyukur kepada Allah yang maha esa. Sihat semula.

Panjang otak saya sejak di rumah saja dan asyik kena kuarantine ni.


Fikirkan.


Mereka yang balik dari zone merah, kena suruh duduk rumah dan sila laporkan diri jika sakit ke hospital yang berdekatan tapi ketahuan sudah sekiranya TVE, duduk dalam hospital sampai hari ke 3, hari ke 13 dan hari ke 21. Ada jenis manusia (kadang-kala saya) kalau sudah tahu apa di depan mata, takkan saya buat.

Jadi bayangkan... orang yang dari zone merah atau orang yang merentas negeri. Dalam perjalanan terjangkit Virus tapi tidak tahu. Kena suruh kuarantine di rumah tapi TANPA gelang. Bah...perlu juga beli barrang dapur selama tinggal di rumah tu. Sympton virus covid19 sekarang ada yang kebal. Suhu badan ok dan dia ada rasa tidak sihat tapi makan ubat dan sihat sendiri. Mungkin 2 atau 3 kali dia pergi ke supermarket atau pasar. Bukankah ada 'meninggalkan' virus tersebut di mana dia pernah pergi?


Garu-garu kepala kalau difikirkan.


Lompat pula dengan ini.

Bagaimana kamu yang berniaga? Boleh bertahan lagikah?

Habis berguna sudah simpanan kamu sebab lebih 8 bulan on off kerja/business kamu?


Kamu tengok ini.




Pada masa ini, kawan-kawan berjual apa saja yang halal...supportlah.... Tolong orang kita.

Tengok gambar di atas... orang sekarang ramai yang dibuang kerja, tidak disuruh kerja dan tidak ada gaji. Orang akan berusaha apa saja untuk mendapatkan rezeki. Manalah ada dut sekarang untuk membayar permit di Majlis-majlis daerah. Asal halal, orang tempatan lagi...

Janganlah dihalang...tu yang berjual sigup di tepi-tepi jalan patutnya yang diangkut...

Nantilah kamu saman dan angkut barang-barang mereka...selepas zaman darurat covid19 ni.


Sedih saya tengok....

Ini pula...ramai anak Borneo...sabahan dan sarawakian terkandar di semenanjung. Saya pernah merantau ke semenanjung dan duit tinggal RM5.50. Kawan adalah keluarga... Ini semua terkesan dari Covid19. Company tempat kerja terjejas, pekerja dicutikan dan diberhentikan, tiada duit...kena musibah lagi..kena curi duit....kalau perempuan...meraung sudah ni minta tolong family tapi lelaki...akan bertahan selagi yang mungkin. Minta tolong family di kampung.....tidak mahu menyusahkan mereka.



17.11.2020

Office Di Warisan Square


Pernahkah anda Memaksa, paksaan dan terpaksa bergerak kerana ada barang atau tugasan perlu diambil dan buat BARULAH hidup jadi bermotivasi?


Semua kita begitu...setelah memaksa diri dan berada di luar keselesaan dan terutama sekali RUMAH sekarang ini...terus bersemangat dan macam-macam idea terus di kepala ni.


Walaupun sebulan terkandas dan menaikkan berat badan di sana dengan kedatangan coklat-coklat tiap kali ada kawan dan keluarga hai-hai di tempat saya kuarantine, ada juga kerja dan maklumat saya dapat untuk kerja di Labuan.


Office dan cawangan di Labuan alhamdulillah dapat dibuka dengan nama Realland Ventures . 3 tanah perlu diusahakan. Geran dan photostate empunya-empunya tanah...selepas saya dapat merentas negeri baru mereka sediakan. Lepas tu yang sakitnya....tidak boleh keluar masuk Labuan....termasuk ferry express dan ferry kereta. Boleh keluar masuk tapi 3 benda sahaja. Ada kematian, ada emergency ke Hospital dan Essential Workers. Jadi, barang-barang, dokument-dokument yang sudah cantik dimasukkan di dalam kotak....2 minggu stuck di Labuan. Hari ni baru dapat dihantar kerana 2 hari lepas SOP dari MKN, boleh keluar dan masuk labuan-sabah jika sudah swab test. Lori logistik orang saya di Labuan gunakan.




Ada 2 kawasan Labuan dalam kotak ini. Alhamdulillah sudah di tangan saya.

Esok perlu diserahkan kepada pihak peguam untuk urusan Perjanjian Sales and Purchase.


Sebelum saya akhiri blog kali ni, kami stress dengan satu urusan di Papar.


Broker hantar photostate geran, hanya mengatakan no geran dan 2 nama penama di dalam geran. Kami tidak dapat proses kerana tidak cukup data. Selepas terima semua, tanah tersebut telah ditukar milik tidak sampai 5 tahun yang lepas. Bermaksud cukai RPGT perlu mereka bayar dulu baru boleh proses. Akhirnya kata mereka minta runding deposit nanti potong dan terus bayar RPGT.


Apa itu RPGT?


Real Property Gain Tax , Dalam dalam bahasa melayu RPGT ini disebut sebagai Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT). Maksud RPGT ini adalah cukai yang dikenakan keatas harta tanah yang menjana keuntungan. Dari sini fahamlah kita, di Malaysia adanya terdapat satu bentuk cukai yang dikenakan terhadap harta tanah yang dijual kembali atau dilupuskan dengan dikenakan peratusan (percentage %) tertentu.


Persoalan tentang RPGT ini banyak mengelirukan pemilik rumah yang muda dan yang baru. Rata-rata pemain hartanah sangat arif tentang polisi RPGT ini, dan ramai yang tidak berapa peduli. Kebiasaannya, pemilik rumah yang bernilai RM300,000.00 kebawah sangat risau, ya lah, jika dah cukainya 30%, dah kena bayar RM90,000.00, beli rumah dulu sudah RM200,000.00. Campur itu ini, dah lebih kos dari harga jual, langsung tak ada untung.


TAPI hakikat sebenarnya, ramai yang tersalah anggap. Nilai cukai RPGT itu adalah dari nilai keuntungan jualan, dan bukanlah dari nilai harga jualan rumah tersebut. Ok begini sebenarnya.


RPGT ini cukai yang dikenakan apabila kita menjual hartanah dalam tempoh tertentu. Polisi ini dibuat untuk mengelakkan spekulator dari memanipulasi hartanah. Pada sayalah, ia dapat membendung sedikit, namun tidak dapat menyelesaikan 100% masalah sebenar.


Syarat cukai ini, apabila kita menjual hartanah kita sebelum tempoh 3 tahun dari tarikh kita menandatangani SPA (Sales & Purchase Agreement), kita akan dikenakan cukai pada kadar 30%. Tahun ke 4 ia turun kepada 20% dan tahun ke 5 kadarnya adalah 15%. Tiada cukai dikenakan selepas 5 tahun 1 hari, dari tarikh kita menandatangan SPA.


Ini ayat orang tau, bukan ayat saya.


Ini lagi ayat orang



Apa maksud cukai ini? Secara mudahnya cukai ini dikira dari Harga Jualan, di tolak kos belian kita. Maksudnya lebih kurang begini


Harga Jualan : RM 500,000.00

Harga Belian : RM 350,000.00

Tempoh Belian : Belum cukup 3 tahun dari tarikh SPA (Tahun 2014 & 2015)

Jadi nilai yg perlu dibayar adalah : RM500,000.00 – RM350,000.00 = RM150,000.00 x 30%

Nilai Cukai Keuntungan Harta Tanah = RM 45,000.00


Oh, namun ada berita baik. RPGT boleh dikecualikan dengan 3 kondisi berikut :


1. Sekali dalam seumur hidup anda, anda boleh pilih mana-mana satu hartanah yang anda ingin jual utk dikecualikan dari RPGT.

2. Penjualan hartanah kepada ahli keluarga terdekat.

3. Keuntungan jualan 10% atau RM10,000.00 yang mana lebih rendah.




Faham sudah apa itu RPGT kan? Semua tanah yang kami beli...kami yang bayarkan RPGT ni... Nah....untunglah kamu penjual kalau jual dengan kami.


Jadi sambung cerita...


Mungkin tidak dapat menunggu....sedap saya kena kuarantin sebab baru balik dari Labuan, mereka pergi jual amatlah murah dengan saudara mereka. Dengar-dengar tidak sampao RM70K, Alahaaaiii....

Walaupun RPGT boleh tidak dibayar kalau dijual dengan ahli keluarga ATAU dipanggil saguhati AKAN TETAPI kena kejar juga tu nanti oleh LHDN.


Kami dengan baik hati terangkan dengan penjual...peguam kami yang terangkan lagi....entahlah...terdesak sudah kali...tapi orang bilang...rezeki Allah Taa'la itu ada di mana-mana. Bah...berehatlah kita semua...esok ada lagi cerita yang lain....

7.53PM

Kolombong

37 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

コメント


bottom of page