top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Kepentingan Perjanjian dalam Hitam Putih

Phobia

fobia, kebencian atau ketakutan

Ini yang aku hadapi sekarang…


Terutama sekali dengan janji mulut ….antara benda yang aku hadapi jjika berhadapan dengan Jentera dan lori.

Ada 2 syarikat yang aku lantik sekarang ini yang senyum-senyum kambing bila berurusan dengan kami sekarang.


Takut saya...


Lebih 7 kali kena.

Kawan, sahabat dan kenalan yang terdahulu.

Duit sudah dibudget…khas untuk mereka..tapi hanya kerana mahu untung…mereka pandai lari, sudah siap datang claim lain dan tidak pandai muncul.

Perjanjian tidak dimeterai tapi akun untuk melaksanakannya.

Patutlah ramai yang malas mau berurusan dengan contractor yang lesen ada tapi cop chicken.

Bikin marah bah….kita ni lagi malas mau bergaduh dan berkelahi.

Malas sudahlah mau ulang-ulang-ulang menaip tentang tu di sini. Buat hati panas.

Ada pulak tu pandai mewhatsapps…layan jer….Kalau aku ada duit lebih....mgkin aku bayar





19.06.22

Selesai penerimaan perjanjian kontrak 2 syarikat untuk menjalankan kerja-kerja penimbusan untuk tanah-tanah Baun 1 dan 2.





Satu salinan akan diberikan dengan peguam.

Ini kali baru buat hati dan jiwa tenang. Tanpa was-was untuk kerja penimbusan. Walaupun banyak kerja tapi TERJAMIN.



30.6.2022

Tutup akaun dan bagi untuk audit.

Hmmmmm….7 ke 10 hari baru dapat mengeluarkan duit untuk sebarang pembayaran.

Keluhan lagi…hmmmm

Bersabar…itu saja yang boleh saya katakana.

Ok…sambil-sambil tu…pergi berjumpa dengan peguam baru untuk proses 2 tanah baru.

Satu di Kiansom, Inanam, Kota kinabalu dan Kinabatangan, Sandakan, Sabah, Malaysia.

Dalam perbincangan kali ini….

Satu perbincangan yang menjadi top topic tadi ialah….

Siapa Yang pegang duit?

Pembeli (kami) membuat pembelian menggunakan peguam dengan penjual yang mempunyai peguam sendiri.

Permasalahan yang wujud ialah, duit deposit dan pembayaran siapa yang menyimpannya.

Ini adalah kerana…kalau Pembeli sediakan peguam untuk penjual , duit dari pembeli akan terus dibagi terus dan direct dengan penjual. Tiada sembunyi-sembunyi. Saya beli…bayar terus dengan yang berjual.

Akan Tetapi…

Jikalau lawyer to lawyer , Peguam dengan peguam,

Pembeli akan letak 3% atau 10% , sapa yang pegang?

Peguam pembeli atau peguam penjual?

Peguam pembeli akan bagi dengan peguam penjual.

Tapi akan ada jenis yang peguam simpan dulu sampai 100% sudah siap pentukaran nama dalam geran tanah di Jabatan Tanah baru lepas dengan penjual. Pembeli fikir baik saja.

Itulah sebabnya…kalau ada tanah baru…empunya tanah tu kami sediakan khas peguam…tidak payah mereka susah-susah mau menggunakan lawyer sendiri dan lain.


Kalau jenis lawyer yang ‘Amanah” tidak apa…ada kes juga tu….

Baru tahu kes ni. Ada juga benda ni berlaku.

Perkara yang saya pernah tahulah…ada peguam akan ambil duit pembeli dan masukkan ke dalam fixed accountnya dan kasi beranak untuk 2 3 bulan….dapat bunga baru dia kasi balik dengan yang empunya duit. Itu saya dapat tahu dari kawan di bank.

Patutlah banyak saja alasannya untuk membayar dengan kami.

Apa-apa pun…timbullah satu kerunsingan terbaru untuk pihak saya.

Payah rupanya lawyer to lawyer ni.


Akan tetapi…keluar lagi akan tetapinya ni…

Semua document yang diberikan completed hingga perkara sekecil-kecil kebenaran akan muncul.

Itulah orang kata…kalau mula-mula- keluar masalah yang perlu diselesaikan…maka perjalanan selepasnya itu akan berjalan dengan lancer.

Jaga-jaga kalau mula-mula urusan berjalan dengan tenang dan smoothly….tunggu…ada saja permasalahan yang muncul dipenghujung proses tanah tersebut.


Dan juga…

Jangan jatuh cinta dengan tanah yang hendak diambil tersebut….menangis tidak jadi tu nanti.

Pernah kami mendapat 6 ekar tanah di kawasan Papar. Cantik ooooo

Mereka kata ok…guna lawyer to Lawyer juga ni.

Kami sediakan deposit…(Kejadian seblum covid)…kami minta tempoh hingga 15hb…dah sedia deposit…tengok-tengok peguam bahagian empunya tanah pergi gadai dengan orang Sandakan. Padahal S&P sudah dibuat.

Apakah jadahnya kata orang TV3

Melepas hanya kerana peguam tidak bersabar untuk menjual (Rasanya empunya tanah ada meminjam duit dengan pihak peguam mereka).


Jangan difikir…kisah lama…cewahhh

Sekarang…Maklumat lain kami perolehi dari pihak peguam…ramai developer sekarang banyak terduduk …


Terkedu juga mendengar….

Banyak yang bangkruo hanya kerana kelulusan lambat. Bah…asyik-asyik work from home kan…pejabat kerajaan macam mana mau berurusan kalau begitu.


Fasa atau Phase

Cara Developer untuk maintain dan preseverence untuk berdiri tegak.

Dan…sekarang banyak maklumat fasa dan Phase untuk pembuatan rumah dan terutama sekali tanah dibuat. Terima kasih Ya Allah kami lewat menimbus tanah.

Dapat maklumat dari peguam baru…kenapa rumah dan pemaju rumah dan tanah mengambil masa untuk menyiapkan kawasan dan rumah. Masalah bahan, jentera dan gangguan dari pihak berkuasa. (Faham-fahamlah ya).


Perkara mudah dan cepat dilengah-lengahkan…sebab setiap fasa dan ‘upgrade’ perlu persetujuan dari pihak berkuasa….

Majlis Daerah, Pengaliran dan Saliran, Jabatan Tanah, LHDN.

Inilah pihak yang akan melambatkan proses kelulusan dan kemasukkan nama-nama pembeli.


Satu kes yang berlaku sekarang.

Pembukaan 100 buah rumah dengan harga RM250K 15 minit ke Kota Kiinabalu Sahaja.

CONTOH

Berduyun-duyunlah orang kerja kerajaan memohon. Deposit hanya 5%.

Agent-agent LPPSA masuk.

Loan lulus.

Jalan masuk sudah sedia.

OC saja belum ada.

Tunggu setahun….2 tahun..masuk ke 3 tahun…Pembeli sudah resah.

Datang ke office developer.

Kalau masih ada….Lega

Kalau office dah tidak ada….ahhh sudah.

Developer pun manusia juga. Pembuatan semua guna duit. Tak ada duit..kredit dulu….kredit barang tidak apa…kalau kredit duit…% makin naik.

Tu yang boleh bankrupt tu.

Tahun ke 4 belum juga boleh pindah sebab tukang lulus belum dipanggil untuk memeriksa keadaan rumah.

Pihak bomba, majlis daerah, Kementerian pembangunan dan perumahan…blab la bla lagi…nanti saya buat blog khas untuk itu.

Kalau antara satu pihak ini tiada kelulusan…tidak akan dibagi kunci kepada pihak pembeli.

Semua tu ok….jangan fikir tenang sudah.

Perkara terakhir yang perlu dirisaukan…(salah difikirkan) ialah..

Geran tanah sudah siap?



(Gambar Hanya Hiasan)



Teringat mula-mula memacak papan tanda ini di sebelah Perumahan Taman Sayang.





Lebih 7 orang yang menelefon.

Semua bertanyakan perkara yang sama?

Fast Properties Sdn Bhd , adakah sama dengan Fast Developer yang membuat rumah Perumahan Taman Sayang?

Saya jawablah bukan…ada yang mengeras jugak kata kamilah…jadi saya tanyalah kenapa?

Nama syarikat kamu sama dengan pemaju yang buat Perumahan Taman Sayang…Fast depannya…


Aaahh sudah….

Rupanya tanah di Perumahan Taman Sayang tu belum selesai lagi perpecahan geran tanahnya.

Aduhhh…

Jadi saya ceritalah dengan pihak peguam saya. Rupanya merekalah juga yang membuat S&P rumah di sana. Kali ke 2 sudah pemaju bertukar.

Lari sudah balik ke Semenanjung.

Jadi…tiap kali orang bertanya tentang masalah orang di sana…saya jawab apa yang dijawab oleh pihak peguam saya.



Apalah mau dicakap lagi kan...


Sekarang ni...ada sudah berbunyi dan bertanya bila mau menimbus....

Sabar....saya tunggu cantik...Pastu saya bagi nombor telepon kontraltor yang buat.

Dengar-demgar kemarau start bulan Ogos...bagus

318 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page