top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Pada Suatu Cerita Tombovo 1

Sudah 3 minggu tidak hujan di Kota Kinabalu ni. Saya paling tidak suka panas tapi panas beginilah yang kami tunggu-tunggu. Tanah yang dibersihkan jadi kering. Sungai-sungai kecil yang selalu bah dan melimpah sekarang mengecil dan mengering. Tanah-tanah tidak basah untuk dikorek. Walau bagaimana pun, kakitangan sibuk bercuti Tahun Baru Cina. Malah pejabat peguam saya masih lagi tutup sampai minggu depan (03.02.2020 baru mereka buka dan berkhidmat seperti biasa).




Ini tanah ketiga yang kami usahakan di Putatan. Tanah ni penuh pokok dan hutan kecil sebelum kami usahakan. Sewaktu kami dapat maklumat tentang tanah ini, kami telah berjumpa dengan 2 orang wakil empunya tanah,broker. Sebelum ni, kami tidak suka berurusan dengan runner dan broker tapi oleh sebab kami suka dengan tanah ini, kami teruskan juga. Terus ke Pejabat Peguam untuk berurusan deposit. Deposit sudah diberikan dan pihak peguam tidak berapa memberi maklumat kepada kami. Kami teruskan mengusahakan tanah ini. Sukatan dan penjualan dilakukan seperti biasa. Iklan-iklan di facebook dan mudah.com.

Bukan sekejap kami buat kerja pengambilan tanah dan mengusahakn tanah-tanah sebelum ini. Tapi kemungkinan kami mudah percaya dengan orang, kami terkena pertama kali penyembunyian maklumat. Kami dapat tahu, broker telah menaikkan RM100K dari harga sebenar. Peguam tahu tapi mereka tidak memberitahu kami sebagai pembeli dan 'developer'. Ah sudah. Sepatutnya pihak peguam menjaga kebajikan kami sebab kami yang membayar mereka. Siasai punya siasat rupa-rupanya empunya tanah ini ahli keluarga pihak peguam. Patutlah bersembunyi dengan kami. Tapi tidak apa. Challenge accepted. Kami menerima cabaran ini.


Kami pecahkan kepada 5 lot. Lot ke 5 antara yang terbesar. 0.28 ekar. Kami jual RM150K. Tidak sampai 3 hari, terus ada yang telepon dan simpan RM50K sebagai deposit. Lega sebab kerja-kerja boleh diteruskan. Tinggal 4 lot lagi.

Di sinilah kami terjumpa dengan pak cik yang bertugas di Pertahanan , askar di mana dia tidak dapat memiliki tanah di Sabah kerana Melayu. Kalau kamurang baca kisah satus tanah saya sebelum ni, disinilah kami bersua muka dengan beliau.






Lebih 30 orang datang melihat keadaan struktur tanah ini. Karenah punya pelbagai jenis. Layan saja. Ada yang datang dan sedia memberi dokumen seperti phototstate Kad Pengenalan dan surat beranak tapi tunggu jualan rumah / tanah mereka, buat pinjaman, tunggu apa kata mak bapa, tunggu pindah balik ke Sabah, mau tapi duit tidak cukup , tunggu mau bawa dokumen dari kami untuk dibawa ke Jabatan tanah dan bla bla bla....


Kamurang bayangkanlah bagaimana kami melayan dengan tertib walaupun ada yang tidak percaya kami buat kerja tanah-tanah ni tapi sampai ke Pejabat Peguam terdiam dan tidak jadi , rupanya baru planning mau beli tanah...oh tuhan ku yang maha besaarrr...


Ada satu cerita selepas 3 lot-lot ini terjual. Ada seorang pak cik menelefon saya untuk melihat tanah. Kami berjumpa di kawasan tersebut dan saya bagi salinan geran dan lakaran tanah tersebut. Dia akan call katanya. 2 hari selepas tu, dia call. Jumpa lagi di tanah tu. Dia mau sediakan dokumen dan deposit di pejabat peguam. Semangat sudah ni. Minggu depannya dia call lagi. Jumpa lagi di tanah tu. Saya mintalah dokumen untuk masuk dalam tanah. Isteri beliau belum sediakan. Ok bilang saya. Dia mau tengok di dalam kawasan tanah tersebut. Saya bawa. Aduhai, dia pakai tongkat. Tidak sampai dia di tengah-tengah. Dia akan bawa anak lelaki dia, katanya. Berceritalah sekejap. Dia hairan kenapa perempuan boleh buat kerja ini. Sebuah syarikat hartanah pulak. Saya hanya cakap, ngam-ngam saya tengah buat penyelidikan tentang kenapa harga aset di Sabah ni mahal pak cik. Oh sambung belajar.Malas mau cerita panjang, panas ni pakcik. Kami ambil arah masing-masing seblum pak cik tu meminta alamat peguam untuk letak deposit.


Boleh-boleh selepas itu, pak cik tadi mewhatsapps.

"Macam ada jodoh saja saya dengan kamu ni Mdm Paw"

aaahhh...sudah...saya hanya bagi emoji Thumbs UP!


Setiap hari pulak dah dia whatapps.


Mau ke tanah tu tiap-tiap hari. Macamlah saya tidak ada customers lain mau layan.


Akhirnya saya minta husband yang urus. Dia terus terkejut dan dia mau pergi sekali lagi ke tanah tersebut. Husband bawa. Tengahari pulak tu. Dia kata dia tengah tunggu isteri dia sediakan dokument dan duit.


Esoknya dia call untuk jumpa di Pekan Putatan, Jam 3pm. Husband pergi. Tunggu sampai 5pm baru dia whatsapps ada hal. Jumpa pulak 9am esoknya di tempat yang dijanjikan. Husband diam saja dan esoknya dia tunggu sampai 12 tengahari. Terus dia call

"Encik mau tidak tanah di Tombovo tu?"

"Jadi tapi saya mau bagi dengan Mdm Paw"


pulak





Last-last saya call dia sendiri. Dia berjanji mau bagi duit cash tapi dengan saya. Saya bilang, saya tidak boleh terima cash. Mesti bayar di pejabat peguam. Saya bagi alamat peguam (untuk ke 7 kalinya). Dia tidak membalas. Entah kenapa malam tu saya lupa tutup telefon (selalunya 6pm saya sudah tutup handphone office). Macam-macam perkataan-perkataan pelik saya terima. Akhirnya saya feed up.


"Tuan, kami bekerja secara profesional. Dalam pemikiran kami ialah menjalankan perniagaan secara telus dan bersih. Selain dari itu kami tidak mau layan. Saya hormat kita sebagai orang yang lebih tua tapi kalau mau berjumpa ditengah-tengah malam di tempat yang mencurigai tanpa pasangan kita yang sah, maaf, saya bukan orang begitu. Terima kasih , tuan".


Saya macam sibodoh-bodoh menunggu mana tau ada jawapan. Bluetick. Dia jawab juga.


"Harap jodoh kita berpanjangan."


Terus saya BLOCK. Creepy nyaaaa....


Kembang bulu roma tengkok saya waktu menaip ni cerita.


Tak pernah saya memblock orang. Block habis.


Ha ha ha ha ha ha ha.........................................................


Oh Tuhan...janganlah saya berjumpa lagi dengan orang begini.




KEMBALI KEPADA CERITA


ha ha ha ha...




Ini gambar-gambar tanah yang belum dibersihkan dan pokok-pokok masih ada. Waktu cuaca bagus dan panas, hitachi pula diguna oleh orang lain.


Hujan dan ribut baru hitachi tidak digunakan. Masa dateline mau tamat. Redah sajalah.

Inilah hasilnya. Sebelum dan sesudah dibersihkan.


Terus banjir kawasan tu kalau hujan dan kelihatan sungai kecil yang dibiarkan mengalir. Merbahaya sungai ni walupun kecil. Kalau kami timbus dan tutup, satu kampung akan marah kami. Berdoa sajalah.








Empunya tanah di depan kami ni, menimbus melebihi ketinggian dan paras jalanraya.

Kami tanya uncle yang tinggal di sekitarnya tanah ni. Rupa-rupanya lebih 4 kali ditimbus kerana sudah 4 kali dijual beli. Tapi tak pandai buat apa-apa


Sebelum kami timbus ni, kenalah kami tunggu tanah ni betul-betul kering dan terus buatkan saliran air yang baru.







Ada petua orang dulu-dulu. Setiap pohon dan pokok-pokok terutama sekali pohon kayu ara ( Pohon yang banyak berjuntai akarnya) mempunyai penunggu. Jadi sebelum potong pokok-pokok tersebut cakap begini supaya kita atau driver Hitachi tu tidak keteguran atau sakit.


" Minta maaf sapa yang tinggal di sini ya. Si Polan Bin Si Polan yang suruh kami tabang"


Kamurang tahu sapa saya sebut nama waktu mau tabang tu pokok? Katak yang melompat parti lah...ha ha ha...







Sekarang kami sudah selesai membersihkan kawasan ni. Tidak ada lagi pohon besar dan hutan kecil. Kami terpaksa tunggu tanah TOMBOVO 2 selesai dulu baru kami senang angkut tanah untuk timbus tanah ni. Nasib amat baik kerana bukit di mana kami ambil tanah untuk timbusan tidak sampai 500 meter saja dari kawasan ni. Lari dari saman JPJ dan traffik malah MPP (Majlis Perbadanan Putatan) kalau jalan kotor.


To be Continue

Mdm Paw

49, Warisan Square

...Mengantuk... Panassss....

81 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page