continuing the story....
Bayangkan saja kalau lebih 30 orang yang datang tengok tanah ni...banyak betul cerita boleh diceritakan.
Sebenarnya ramai yang telah kami berurusan dan tidak cukup kewangan untuk memiliki tanah untuk mereka membuat rumah. Setiap kali kami mengurus tanah, harga jualan kami akan buka ialah dari sekitar RM100k - RM250K.
Selalunya pada permulaan jualan kami akan buka dengan harga yang murah. Maam di Papar, 6000 prsqft kami buka harga RM40K. Tidak sampai 2 minggu habis 4 lot. Tapi selepas tanah tersebut siap dibersihkan dan ratakan, naik sudah harganya. RM50K.
Jadi, ramai yang mengikuti perjalanan kerja kami. Mereka-mereka ini ialah yang permulaan mau memiliki tanah melalui kami tapi menunggu loan tapi tanah tersebut sudah dibeli oleh orang lain. Perasaan kecewa itu saya amat fahami. Nasihat dari pihak kami. Rezeki untuk memiliki tapak tanah tetap ada tapi buatlah pinjaman / loan awal-awal. Nanti kalau sudah ada, terus buat booking atau bayar deposit. Ramai yang tersenyum-senyum dengan mengikuti nasihat kami ini.
Ok, oleh sebab terlampau ramai yang boleh saya ceritakan, saya ambil yang happening-happening saja lah ya.
1. Kisah adik beradik mau beli tanah tapi duit tidak cukup, minta tolong bapa mereka tapi akhir cerita tidak dapat persetujuan dari bapa mereka. ( Adik-beradik berniaga sendiri )
- 3 keluarga begini
2. Kisah orang Sabah yang bertugas/berniaga di Semenanjung.
- Siap membawa keluarga untuk melihat kawasan. Ada yang berniaga di semennjung dan mau balik ke Sabah terutama sekali ke Putatan. Semua ikut masuk hutan kecil tu dan berlumpur. Mak bapa suka tapi anak-anak tidak suka (kerana tidak mau balik Sabah - kesiokan sudah tinggal di semenanjung)
- Abang polis yang mau balik ke Sabah , menawar setawar-tawarnya dan berunding kalau kami bagi murah dia akan jaga kami. JAGA? Jaga apa....
- Pak cik yang mengenali Datuk Seri Shapie Afdal - tapi DS Shapie Afdal tidak mengenali dia....ketawa saya sambil menaip ayat ni -
- Menunggu cheque clear tapi akhir sekali hilang begitu sahaja. (Pengalaman ni, tidak simpan deposit, kami tidak layan. Buang masa kami saja.) 3 orang
- Penjawat awam yang menunggu KAMI yang buatkan loan (10 orang - hanya seorang yang lepas dan memang kami yang tolong buatkan dan hantarkan loan. Buyer lot 2)
- Datang melihat tanah tapi dibuatnya tempat itu tempat perjumpaan semua untuk berbincang macam mana hendak membuat rumah masing-masing tapi akhirnya tidak tercapai kerana hanya seorang yang membuat loan padahal adik mereka sudah menggunakan govt loan untuk rumahnya sendiri - 4 keluarga.
- Datuk-Datuk yang mahu tapi rupanya jadi broker. Tapi bagus, sampai sekarang masih berhubung. Dan jadi ketua bahagian di beberapa kawasan.
- Pengarah-pengarah jabatan kerajaan . Ada duit tapi tidak ada masa menguruskan proses jual beli. Setelah semua abis terjual baru mereka hubungi saya lagi. Apa boleh buat tuan-tuan dan puan-puan.
Itu kisah dari Projek Tanah Tombovo 1 dari Putatan. Nanti kita sambung cerita untuk Tombovo 2 pulak.
31.01.2020 - Cepat betul masa berlalu
4.21pm
Mdm Paw
Hahahhaha..... Sampai skrg sy phobia....kalau lelaki tua...lekas2 sy suruh laki yg handle
Gelinya sia baca pasal "mcm kita ni berjodoh"... mau🤮 sia..ada jga org begini ohh..mau beli tanah atau mau beli "jodoh"...ngam tu di bolok🤣🤣