top of page

Pekerja Zaman Modern

22 Sep
3 min membaca

Drama Ai membagi ketenangan dengan saya


Baik lagi tengok manusia AI dari berurusan dengan manusia yang bermuka-muka.

Keperluan ketenangan masuk 50 tahun ni.




Cerita nya begini

12 tahun saya buka syarikat ini...lebih 25 orang saya ambil dan lantik jadi kakitangan.

Bergaji basic tapi tidak educated.

Penting pengalaman.

Jadi tak perlu diajar, percubaan tiga bulan dan terus kerja.

Menyesal tak sudah.

Macam pasar office jadinya.

Macam tempat bermaksiat pun ada.

Dari berjalan dengan baik jadi kucar-kacir.

Selepas membuat planning dan pengurusan strategi Syarikat, kami melantik 3 pekerja baru.

Saya bagi 3 bulan percubaan sebelum confirm. Tiada masalah, berjalan dengan mudah. Setelah mereka masing-masing confirm keluar semua perangai masing-masing.

Saya siasat 1 per 1.

Syarikat menyediakan tempat tinggal di kawasan dekat dengan tapak tanah.

Bulan pertama...dapatlah satu jualan.

Bulan kedua...macam-macam masalah keluar.

Laporan lewat, tiada bukti dan lewat menjawab whatsapps. Alasan…tiada internet line.

Jadi….kami melantik seorang Manager yang ada background dari IPTS tempatan. Pernah kerja dalam hartanah dan di tapak. Berbaloi kami melantik dia.

Jadi kami terus minta dia outstaion melihat tapak tanah dan ke rumah sewa.

Dia sendiri turun ke tapak untuk menyukat tanah.

Semasa dia ke sana..bersama-sama team sales....

Sehari saja pekerja ni turun...alasan dia..demam..

Saya turun ke tapak dan minta dia ke klinik tapi dia tidak mahu..makan panadol saja.

Tapi main game sampai 4am. Patutlah demam dan tidak bangun sampai 11am.

Tiada jualan langsung bulan tu.

Masalah kedua.

Orang yang sepatutnya menjaga office. Keluar perangai selepas confirm.

Ramai orang mau datang hantar dokumen untuk masuk nama dan orang mau menjual tanah. Dia tiada di office.

Pernah orang mau datang ke office, dia tidak suruh datang.

Pernah orang mau datang untuk bagi geran…lebih 7 kali.

Office tutup. Subhanallah.

Orang yang datang ke office membawa geran dan dokumen penting tu datang lebih 7 kali…

Sampai meninggal orang tu.

Macam-macam alasan pekerja tu...rupa-rupanya melancong.

Ke langkawilah

Ke balilah

Last-last kami berhentikan dia. Gaji dibayar macam biasa.

Dia curi telepon Syarikat dan menghambur nombor-nombor kami kepada orang luar.

Lain betul perangai orang yang sakit hati.

Saya tunggu masa untuk ke balai polis saja ni.

Ada 2 orang ni.


 

Yang sebelum ini...bercinta dalam syarikat...

Allahu

Bini orang

Dengan budak yang baru mau hidup

Berdosa saya

Suruh outstation

Mereka pigi check in di hotel…

Ohh nooo..

Dan yang akhir sekali...

Pekerja yang tak pernah turun kerja tapi macam-macam dia claim.

Memang pemalas. Manager turun ke Kawasan tanah jagaan bekas pekerja tersebut langsung tidak munculkan diri. Geleng-geleng manager saya.

 

Akhirnya….dia berhenti sendiri. Saya tidak boleh apa-apa. Sebab dia sudah sign contract.

3 3 ni…hanya focus gaji bulanan tapi kerja berkira.

Dulu saya gelak dengan proses kemasukkan pekerja dalam kerajaan.

Tiada lagi diambil kerja kalau SPM sahaja tapi sekarang dari diploma.

Baru saya akun dan mengaku. Perlu ambil pekerja yang mempunyai Pendidikan tinggi.

Start sekarang semua staff berpendidikan, berjiwa untuk mendatang punya staff.

 

Pemikiran orang berpelajaran ni lain tau.

Mereka akan planning, buat strategi, buat budget dan mesti ada result dan hasil. 30% Adalah hasil sendiri. Selebihnya Syarikat.

Bukannya mengeluh mau pigi kerja mau berjalan , mengeluh buat perfailing pastu tunggu masa mau balik.

Tunggu 30hb.

Pigi Cari Kerja Kerajaan.

Sana boleh keluar masuk sesuka hati.

Ramai yang kata

Gen Z bermasalah

Bukan

Bukan Gen Z yang bermasalah

Tapi

Mak bapa guardian gen Z yang bermasalah

Cara mak bapa mendidik anak-anak mereka…terlampau lemah...

Semua mau dibagi

Semua mau dijaga

Semua mau dilawankan

Anak jadi lemah

Jiwa

Mental

Usaha

Pernah kah anak-anak sekarang minum air paip Ketika keluar rumah haus kerana bermain?

Pernahkah anak-anak sekarang jalan kaki dari rumah ke sekolah?

Pernahlah anak-anak simpan duit 50 sen sehari kerana mau beli bola?

Semua disediakan

Apa tidak generasi mendatang jadi merenggek

Apa tidak generasi baru menjadi manja

Apa tidak generasi baru jadi mewah

Semua dibagi

Sekarang Tak mau baik.

Tidak mau terlampau dekat

Tidak mau semua

Berusaha.

Tidak suka?

Berhenti


 
 
 

Siaran Terkini

Lihat Semua
Tenang Di Posisi

Malam Minggu Yang Tenang dan ibut. Ribut dengan segala konsert Lampooza Tiap kali keluar perkataan ni..mesti teringat Willy Wonka Coklat Coklat 14 February Valentine time lah semua. Taklah nak ikut-i

 
 
 

Komen


© 2026 by Fast Properties Real Estate. Proudly created with Wix.com

TO SPEAK WITH AN AGENT,

PLEASE CALL OR EMAIL US:

Email: Fastpropertiesfp@gmail.com

​

Tel: 6088201284

​

Facebook :

  • Gerakan Tanah di Sabah 

  • Fast Properties 4rd back pages

  • whole about sabah land

  • FastProSabah

logo wo bg.png
bottom of page