top of page

Tuan, boleh dapat semula duit saya tu?

24 Sep
3 min membaca

Pertanyaan yang akan keluar dari pengadu yang telah kena tipu.

 

Ramai orang kena scam sekarang. Sampai saya mau mencari pekerja di Jobstreet pun cakap kami scammer.


Dengar berita tentang hal scammer / baru-baru ni?


Begini


Orang perantaraan atau Agent atau broker selalu disalah ertikan oleh orang ramai.

Mereka ini sebenarnya wujud dan sahih di pasaran dunia. Amat diperlukan sebenarnya.

Jual kereta,bangunan,hartanah malah pemain sukan lagi diperlukan. Mereka ni lah yang akan menjadikan nilai aset tersebut naik.


Akan tetapi, kebanyakan mereka-mereka ini akan menjadi tamak dan tidak suka penjualan lambat.


Pelbagai cara mereka buat asal ada jualan dan tembus jualan tersebut.

Tidak salah…antara cara untuk mencari rezeki.

Baru-baru ini ada kes penipuan tanah di tempat projek kami berjalan.

Terbabit, orang jabatan tanah dan beberapa broker dan agent.

Huhuhuhu…tentang mereka inilah penjualan tanah terjejas.

Sampai ke kota kinabalu ramai agent dan broker susah tembus jualan.

Tawakal sajalah.

 

Ini yang peguam saya info.

Ada sebidang tanah. Empunya tanah membagi kepercayaan dengan firma peguam untuk menjual tanah tersebut. Semua telah diusahakan dan ramailah pembeli. Kesilapan mula datang Ketika ada broker ingin mengerjakan tanah tersebut. Pembersihan, penimbusan. Broker tadi buat kertas kerja untuk tanah tersebut jadi bersih dan cepat terjual. Peguam setuju. Duit diambil oleh broker dan kerja-kerja tu....tak diketahui keadaannya.

Oleh sebab empunya tanah tu nampak ramai yang membeli...dia mintalah bahagian dia.


0


Terkejut empunya tanah tu.

Allahuaklam apa dia buat waktu tu...ke balai polis...polis tak boleh kata apa-apa... Ini hal jual tanah....Tanah ada...bukan barang yang dibeli tu tiada.

SPRM? Mereka keluar kalau ada penyelewengan dari kerajaan.


Fungsi Utama SPRM

  • Menerima dan Menimbang Aduan: Menerima setiap aduan mengenai kesalahan rasuah dan memutuskan tindakan lanjut untuk menyiasatnya.

  • Mengesan dan Menyiasat: Menjalankan siasatan terhadap sebarang kesalahan, percubaan, atau komplot yang disyaki berkaitan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

  • Pemeriksaan Tatakelola: Meneliti amalan, sistem, dan tatacara kerja badan awam serta swasta bagi mengenal pasti ruang penyelewengan dan mengesyorkan penambahbaikan.

  • Pendidikan Masyarakat: Mendidik orang ramai dan memupuk kesedaran menentang rasuah bagi mendapatkan sokongan orang awam dalam membanteras jenayah ini.

  • Memberi Nasihat: Membantu ketua organisasi awam atau swasta mengubah tatacara kerja untuk menutup peluang berlakunya rasuah


Dan yang penting…ada orang Kerajaan dalam hal  tersebut.

Dalam keadaan kes penipuan tanah tersebut, kami ada buat jualan dan resale tanah di kawasan tersebut. Punyalah ramai komen Syarikat kami penipu pulak. Saya minta nasihat dengan beberapa orang peguam. Ini mengacau jualan dan kena tuduh macam-macam. Padahal dua projek sudah kami selesaikan di Kawasan tersebut tanpa ada masalah.


Antara nasihat peguam.

-          Senaraikan nama / facebook yang menulis nama Syarikat kamu sebagai penipu

-          Screenshot dari sedia sosial

-          Buat Laporan polis untuk saman sivil/malu/fitnah

Lebih 11 nama dan media sosial telah tertera. Jahat netizen zaman sekarang tapi kurang berpengetahuan. Kalau disebut nama dan syarikat dimedia sosial dengan hitam putih untuk memburuk-burukkan keadaan lagi.

Tunggu apa tindakan peguam nantilah mereka-mereka ini.





 

Ada lagi tambahan tadi. Tukang potong rumput. Sudahlah sudah dibayar...kerja tidak siap...

Membuat lagi statement dengan menaip Nama syarikat. Masuk data dalam polis nampaknya.


Aku bukan baik sekarang.


Boleh mendatangkan hasil ni.




Ini boleh menguntungkan syarikat

Ok


Saya bukan mengajar tapi ini yang sepatutnya disediakan oleh agent dan peguam.


Surat Kuasa

-          Antara empunya tanah dengan peguam sebagai pemegang Amanah

-          Antara peguam dengan agent /  broker

Surat Lantikan

-           Melantik si polan bin si polan jadi agent


Semua ni perlu ada. Lagi Selamat.

Jangan Panik

Oleh sebab duit dah lesap, panik macammana ni macammana ni…

Dengar lagi dari mulut orang untuk menghidupkan cerita. Ke balai polis…buat laporan…siasat sana sini...

Merugikan kedua dua pihak.

Kenapa?

Orang masuk penjara

Duit tak dapat semula

 

Relax....

Bersabar....

Tenang....

Cuba bawa berunding...berbincang baik-baik.

2 pihak selamat.

Kalau pembeli tu mau duitnya semula. Tuntut dengan agent tu. Dia bayar pelan-pelan pun tak apa.

Duit dapat semua.

Baru-baru ni....tersebar luas…DI api-apikan keadaan....viral sana viral sini.....digunakan lagi agama ...itulah inilah....laporan polis beramai-ramai.

Hmmm...geleng-geleng kalau dilihat. Mengikut perasaan amarah.

Tertangkaplah mereka yang mengerjakan tanah tersebut. Terkejut juga...kenapa ada SPRM ikut buat penangkapan?

Ohh..ada orang jabatan kerajaan yang terbabit.

Tertangkap

Terdakwa

Senyap..........


Kesian kepada pengadu...duit tak dapat semula

 
 
 

Siaran Terkini

Lihat Semua
Tenang Di Posisi

Malam Minggu Yang Tenang dan ibut. Ribut dengan segala konsert Lampooza Tiap kali keluar perkataan ni..mesti teringat Willy Wonka Coklat Coklat 14 February Valentine time lah semua. Taklah nak ikut-i

 
 
 

Komen


© 2026 by Fast Properties Real Estate. Proudly created with Wix.com

TO SPEAK WITH AN AGENT,

PLEASE CALL OR EMAIL US:

Email: Fastpropertiesfp@gmail.com

​

Tel: 6088201284

​

Facebook :

  • Gerakan Tanah di Sabah 

  • Fast Properties 4rd back pages

  • whole about sabah land

  • FastProSabah

logo wo bg.png
bottom of page