Hari ini merupakan minggu pertama untuk tahun 2020. dan sudah sakit kepala saya mengurus beberapa orang pembeli tanah di area Papar.
Sebelum ni juga ada beberapa kali saya dan crew berdepan dengan perangai-perangai pelanggan yang pelbagai jenis dan fi'il.
Antara gambar-gambar pelanggan yang sanggup meredah tempat atau tanah yang mereka mahu.
C Angkol Tanah Sebelah
Ini tukang ukur saya memastikan kerja dan pancang tidak dikacau dan terkacau.
Pelanggan yang selalu kami temui.
Mereka mahu membayar murah tapi semua kerja sudah siap. Saya faham, ekonomi dan kewangan sekarang tidak berapa bagus. Malah sapa tidak mau barang yang sudah siap, bersih dan perfect dengan harga murah. Faham, amatlah kami faham. Tapi, benda-benda yang memastikan kawasan yang dijual dan dibeli itu memerlukan kakitangan, kerjasama orang kiri dan kanan malah pihak-pihak atasan.
Sekarang saya mau luahkan benda yang betul-betul membuatkan saya boleh-boleh singgah di kedai kopi makan cucur pisang seorang diri dan minum TEH O ping sorang-sorang.
Kisahnya begini.
Ada sepasang suami isteri bersetuju untuk membeli 2 lot tanah saya. Syukur kepada tuhan. Deposit sudah dibayar dan SNP ( Sales & Purchase Agreement) di pejabat peguam. Dalam perjanjian di mana-mana pihak peguam, pembeli diberi masa 2 hingga 3 bulan (mengikut peguam) untuk membayar jumlah duit yang selebihnya. 90% pembeli-pembeli saya ok.
Sebab dalam agreement antara pembeli dengan peguam yang saya lantik, dalam masa setahun kami akan laksanakan pembersihan, penimbusan dan longkang. Kami akun dan memang setuju akan buat dalam masa setahun tersebut walaupun cuaca panas dan hujan.
AKAN TETAPI tadi peguam saya cakap, 02.02.2020 hari terakhir pembeli-pembeli tanah papar 1 untuk bayar, maklumat yang mula-mula dia cakap waktu kami bermesyuarat tadi. Jadi kami hubungi semua pembeli-pembeli tanah tersebut.
Syukur kepada tuhan, 8 pembeli memberi jawapan yang positif. Ada yang terus memindahkan duit yang sepatutnya mereka bayar dengan akaun peguam dan firm's peguam. Dalam whatsapps yang telah dihantar tersebut pihak peguam ada memberi tegasan bahawa sekiranya lewat membayar, pihak pembeli akan didenda.
Jadi terus ada pembeli ni mengamuk, terus menelefon saya dengan nada yang tinggi!
Kami mau timbus dulu dan masuk nama laki saya dulu baru kami bayar.
Saya ingin bagi tahu kamurang ya, sekarang kalau proses jual beli melalui peguam, Jabatan Tanah mau tengok dulu S&P dan kemasukkan duit ke akaun penjual tau baru mereka boleh luluskan dan pegawai yang dilantik tandatangan.
Kembali dengan pelanggan tadi. Saya berbincang dengan isteri pembeli ni dengan tenang walaupun telinga sudah panas dan hati pun panas juga. Dia masih bercakap yang kami sepatutnya timbus dulu baru mereka boleh bayar.
Sebenarnya lebih 3 kali kali timbus tapi beberapa perkara menghalang untuk meneruskan penimbusan tu. Cuaca, baru datang lori dalam 10 trips, hujan tanpa berhenti. Tanah atau batu yang hendak diambil jadi lembut dan tidak sesuai untuk digunakan.
Gambar ketika ada air dan berair.
Rugi kami buat penimbusan. Macam main pasir di dalam kolam air.
Jadi kami bagi tahu baik-baik. Pihak peguam yang membuat pemberitahuan kepada semua pembeli untuk menjelaskan pembayaran dan seterusnya boleh terus masukkan nama masing-masing ke dalam geran. Dalam masa yang sama kami usahakan tanah yang mereka beli. Pembeli tadi terus diam dan kata nanti kita bincang balik. Baiklah dan tamatlah percakapan kami melalui telepon. Tapi hati saya tetap tidak tenang. Jadi saya balik dan kononnya mau ke pasar. Dalam perjalanan balik tu, peguam saya ada hantar sebuah video. Jarang peguam saya ni menghantar sebarang audio atau apa-apa pun. Dia selalunya terus telefon. Saya cuba pasang video tersebut tapi tidak mendengar apa-apa kecuali bunyi angin dan gambar jalan.
Tidak puas hati saya terus call peguam saya. Apa tu? Saya dapat dari pembeli tanah papar 1 kamu yang tiba-tiba kita bincang tadi pagi. Dia sanggup ke Papar untuk menunjukkan bahawa tempat itu belum diusahakan apa-apa.
Peguam saya cakap, esok kita sambung. Baik kita jangan fikir orang begini ni.
Saya terus ke kedai kopi dan mengorder sepiring cucur pisang. Tidak berfikir lagi tu. Terus habis sepiring saya makan. Air pun belum sampai.
Baik saya terus-terang. Tanah yang murah selalunya seperti orang membeli rumah perumahan. Iklan dan baru asas memang murah tetapi setelah terbinanya rumah tersebut, lain sudah harganya tu.
Sama juga dengan tanah sekarang. Kami ada jual RM35K dalam 6000 prsqft. Boleh buat 2 hingga 3 buah rumah. Tapi dari segi fizikalnya, masih hutan. Tapi setelah kami bersihkan, radu dan timbus. Siap jalan lagi, harganya sudah menjadi RM55K. Pembayaran semua di pejabat peguam. Hanya deposit dengan kami.
Waktu berharga RM35K
Sudah berharga RM55K. Ini dalam proses menimbus dan membuat jalan masuk.
Bertuah bagi mereka yang dapat diawal jualan. Harga murah dan TATAP semua dibuatkan.
Bukan macam yang seperti gambar di bawah ini. Ini sedia dibersihkan, radu, ratakan, longkang dan jalanraya.
Ini berharga RM180k - RM250K. Ikut size. Berbeza harga dia,bukan? Itulah yang berbeza dengan harga yang murah tapi belum dikerjakan dengan harga yang mahal tapi sudah siap diusahakan,
Sebenarnya saya buat blog hari ni dari pukul 5pm sampai 1030pm. Masih lagi adrenal saya kuat ni sebab dijerit oleh pihak pembeli dan terus tidak mengantuk walaupun penat hari ni. Ha Ha Ha...
To be continue...
-Mdm Paw-
09.01.2020
Thanks Rose 😅😅😅. Mau kasi tenang jiwa raga . Tp x dpt d layan perasaan ni.
Anduii bah Mdm...banyak2 bersabar k..ni lah sikap manusia yang paling di geruni... banyakkan berdoa semoga smua urusan berjalan dgan lancar k...