07.07.2020
7.42pm
Selasa sudah hari ni. Saya tidak ada perasaan dan mood untuk menulis tentang kerja-kerja penimbusan, jual beli tanah dan cerita asset dan hartanah hari ni. Walaupun setiap saat kena whatsapps oleh seorang uncle ni, kami mau berurusan untuk membeli tanah dia. Photostate geran dan kad pengenalan empunya tanah tu baru minggu kami dapat. Relaxxxx……durang kakitangan peguam sedang buat tu. Banyaaakkk bah kerja dan snp yang during perlu buat tu.
Ada pulak pembeli ditunggu selepas 3 bulan untuk signing S&P baru dapat balik ke Sabah, sudah signed tapi belum habis bayar...slow lagi kerja... Dan ramai yang suka dan mau tanah di Papar tapi tiba-tiba diam. Kalau mau katakanlah...kalau tidak suka..bagitau lah bah...nda peguam saya tertanya-tanya.
Okey..okey…kita cerita benda lain.
Mari kita cerita pasal perbezaan Sabah/Sarawak dengan Semenanjung Malaysia
- Unchr/imm13
- Immigration
- Harga pos hahaha
- Kekuatan mental / serangan/
Baru-baru ini keluar segala cerita sebenar sudah keadaan Malaysia ni macam mana. Berpuluh tahun rupanya pendatang Asing Tanpa izin datang suka hati saja masuk ke Malaysia. Bah, kita yang tinggal di Sabah ni tahu dan amatlah tahu kisah pendatang dari Filipina dan Indonesia relax saja tinggal di Sabah tanpa dokument / passpot/ visa.
Akan tetapi kalau bukan kerana kena kuarantin, tidaklah kedapatan orang-orang asing berkeliaran dan kedapatan tinggal di flat-flat di ibu kota besar bersama-sama kambing-kambing mereka kan….hahahahaahahha
M Rayhan Kabir.
Famous…antara pendatang asing yang tinggal mencari rezeki di Negara Malaysia yang jahanam menjadi pengkhianat dari dalam.
Al-Jazeera , portal berita yang begitu hebat telah membuat liputan dari dalam Malaysia dan suka hatinya memburuk-burukkan Malaysia.
Zafar Ahmad Abdul Ghani
Inilah orang Rohinyya yang mengaku Pengerusi Kaum Rohinyya. Hebat, semua menteri-menteri dia pergi jumpa. Malas saya simpan di sini dengan siapa-siapa dia bergambar. Dikata memfitnah pulak nanti.
Beranak-pinak di Sememnanjung sudah ni. Bininya orang Malaysia.
Terbungkarlah semua cerita.....
Hairan….UNCHR dan IMM13. Ini alasan orang asing untuk tinggal di Malaysia. Banyak sudah kedapatan dan ketahuan….terutama sekali di Sememnanjung, pelarian-pelarian yang menggunakan kad UNCHR, hidup berleluasa….boleh ada lesen memandu, berlesen perniagaan dan during buat macam rumah sendiri.
Adab tiada. Ambil barang-barang orang sesuka hati. Kalau Nampak di luar rumah…mereka ambil. Kononnya barang terbuang.
Relax saja mereka menyimpan barang-barang buruk atas, tepi entah apa lagi mau dicakap di motor, lori, kereta. Kalau orang tempatan begitu, sudah lama kena tahan abang-abang JPJ, Trafik dan polis.
Saya ada terbaca tadi, ada yang menerajang pendatang dari Rohinya sebab diikatnya motor dengan kerusi atau bekas beroda macam orang OKU pakai tu. Rupa-rupanya motor tu motor curi.
Sabah
Kita yang di Sabah , sejak pemerintahan Dato Mustapha lagi, sudah wujudnya pendatang dari Filipina. Lama sudah benda ni berlaku. Di semenanjung baru dalam rangkuman 10 ke 20 tahun…
Di Sini , yang menyakitkan hati, asal beragama Islam boleh jadi dan tinggal di Sabah. Baik dan terlampau baik bah sabahan ni. Disuruh dan dibenarkan juga. Kamu pernah terbaca pasal rusuhan di Kota Kinabalu pada tahun 1986? Saya baru darjah 3 waktu tu. Masa tu yang saya ingat...bapa saya bawa balik walkie taklie. Punya sakai saya tengok waktu dia on tu walkie talkie untuk dengar orang-orang dia menjaga laut. Ke hulu ke hilir saya ikut bapa. Nda juga dia marah kerana fokus betul mendengar laporan-laporan dari anak-anak kapal dia. Zaman tu darurat kah ah....tidak saya ingat tapi yang saya ingat...semua kami di rumah saja.
Ada video dia ni waktu station minyak depan Suria Sabah (sekarang Petron). Orang-orang senior saja yang tahu kisah sebenar siapa-siapa yang membuat rusuhan waktu tu. Malas saya taip....sebab ...bacalah dibawah...
Kisah di masa ini. Kamu percaya atau tidak, waktu PKPB, ada ramai pendatang PTI di Sabah ni berani meminta bantuan lepas tu bergaduh sesama durang juga. Bukan orang tidak mau memberi bantuan tapi baik bantu orang-orang kita dulu.
Ada yang minta atau mencari pekerjaan secara online dan di facebook...mengaku tidak ada dokument...ic, passport atau visa...nampak betul terdesak sudah. Mau tolong tapi kena berpada-pada....ramai pulak mengambil kesempatan untuk menipu.
Lepas tu, pandai sudah meminta puji dan pandai berlawan cakap di media massa. Berani melawankan bangsa durang.
Makin lah panas di media sosial sekarang.
Macam-macam perangai jahanam mereka tu. Sebenarnya, sapa yang berjiran dengan bangsa-bangsa pendatang ni akan rasalah kesakitan hati kerana mereka ini jenis tidak memperdulikan siap-siapa di depan belakang dan kiri kana mereka. Asal mereka dapat makan.
Saya ingat waktu kecil dulu. Sebelah rumah saya ada 5 ekar tanah dijadikan Ko-Nelayan. Pembinaan segala bangunan, kelas, pelabuhan dan keseluruhannya dibuat dan dibina oleh buruh berbangsa filipna. Jadi banyaklah rumah pakai plywood wujud. Jadi, biasalah tinggal di Kampung. Penuh dengan pokok-pokok manga, ciku, buah nona, durian belanda dan kelapa. Kalau sudah membesar di sekeliling buah-buahan..kita ambil tidak pedulilah benda tu ada atau tiada.
Sehinggalah pada satu hari, saya ni selalunya kalau balik dari sekolah, dengan baju-baju sekolah rendah akan naik ke pohon manga apple. Pohonnya bukan tinggi. Jadi memang akan melepak di sana, mencari buah yang sudah masak. Ada sedia pisau lipat lagi tu. Makan sampai kuning baju sekolah . Hahaha…
Jadi kalau pohon manga apple, bapa saya memang suka. Ada 2 3 biji dia bungkus dengan baik pakai suratkhabar dan disarung dengan plastic. Saya tidak kacau. Sebab dia awal-awal bagi amaran...warning...jangan kacau buah yang sudah berbungkus.
Ada satu masa tu, saya kena panggil…kena laung nama. Bapa panggil….”Kau ada ambil buah manga bapa yang sudah masak berbungkus kah?”. Mestilah saya tidak mengaku.
Kana marah di sana-sana juga. Sebab rupa-rupanya sudah hilang…semua sekali. Hairan…mama saya membebellah. Nda pernah kenyang ini anak dia bilang. Tidak kena kasi makan itu malam. Adoiii….
Seminggu sudah berlalu…jadi ada satu kes pula. Mama saya suka kumpul semua kelapa tua di tepi tangga. Dia pelan-pelan kumpul dan hujung-hujung minggu dia akan buat minyak kelapa. Hilang. Lebih 30 biji.
Tin-tin Biskut yang arwah nenek daya bawa dari Brunei. Mama saya dapat 4 tin setiap minggu. Dia kumpul tu tepi tangga juga. Pun Hilang.
Ini kali, abang dan pak cik-pak cik saya yang kena marah. Sebab durang suka ambil kelapa tua mama saya untuk dijadikan mainan…main bowling pakai buah kelapa. Hahaha….
Bah…kena hambat lah durang. Pak cik-pak cik saya waktu tu sama saja umur dengan abang saya. No komen. Beberapa kali barang yang selalunya disimpan untuk dikerjaan di hujung-hujung minggu…boleh hilang.
Jadi bapa saya tidak tahan sebab asyik macam-macam hilang. Dia buat satu kerja pada satu malam. Dia berjaga dan tidak tidur satu malam, berjaga betul dia. Saya ingat, dengan lampu suluh besi yang panjang tu...dia suruh semua tidur.... Kami yang excited mau ikut kena sound 1 kali saja...terus tidur.
(Bapa saya dulu kerja di Jabatan laut jadi faham-fahamlah perangai macam askar).
Esoknya…dengan baju Navy dia…bapa pigi cari mandur atau sekarang nama dia “Supervisor” yang dilantik dari orang kampong kami juga. Dia panggil dan entah apa yang durang bercakap…kami tingo dari jauh saja. Mama asyik tarik-tarik tangan abang, pakcik-pak cik saya yang asyik-asyik mau mau tahu apa cerita dan mau pergi ke tempat bapa dan pacik mandur tu. Terus tu pacik mandur panggil semua orang berkumpul di tempat office kecil yang dibuat dari papan plywood juga. Dia pakai pembesar suara untuk suruh duduk semua. Ramai juga, dalam 40 orang. Jadi dia Tanya, siapa ada mengambil barang-barang orang kampong?
Bah…kalau sudah mengambil barang…mana ada yang mengakukan?
Diam semua. Dia bagi warning, siapa ambil barang orang kampong, dia akan kasi berhenti kerja dan orang ini (dia tunjuk bapa saya) akan sendiri bawa ke Balai Polis.
Bah….dengan berbaju uniform navy…ketakutan lah bah tu orang-orang. Sejak waktu tu….tidak pernah sudah hilang kelapa mama saya, tin-tin yang mama simpan untuk simpan kuih sapit dan bahulu.
Dan saya pulak dengan tambirangnya cekak pinggang lagi dengan bapa…”Nah kan, pa…bukan saya yang ambil manga bapa…”
Hahaha….terus bapa belanja saya ice cream minggu tu tiap-tiap hari sampai demam dan bapa pula kena bebel oleh mama…hahaha…..
Zaman itu, mana peduli apa. Zaman kanak-kanak riang.
Inilah tempat saya dengan geng-geng lepak makan soto, nasi lemak 50 sen (tapi banyaknya macam rm5 sekarang), main basikal dan memancing ikan karuk. Paling best , pura-pura jatuh ke dalam kolam ni dan terus mandi. Balik rumah kena rotan....ha ha ha...
20 tahun selepas kejadian tu, saya pernah bertanya bapa. Apa terjadi malam tu. Dia bilang, tu pak cik mandur dengan 2 orang yang kerja di site tu yang pelan-pelan macam kucing mengambil barang-barang tu tengah-tengah malam. Cehhh….yang sepatutnya menjaga pun sama mencuri. Orang tempatan dan pekerja dia juga. Macam orang minyak bapa saya bilang. Eeeeeeee…….
Hebat zaman dulu-dulu. Polis pulak jauh di bandar. Sapa lagi mau jaga rumah dan kawasan sekeliling kan kalau lelaki ketua rumah.
Ok, sambung cerita.
Pas atau kad 'istimewa' dari entah sapa bagi authority dengan dunia.
UNCHR DAN IMM13
Jahanam kad-kad jenis ini. Disalahgunakan oleh pendatang Haram yang datang ke Malaysia.
Pelik saya sebab kad-kad ini adalah untuk manusia yang digunakan untuk membanci berapa orang mereka-mereka ini dari tahun ke setahun dan keberadaan mereka.
Kamu bayangkan saja...mula-mula datang 100 orang...2 tahun selepas tu jadi 10,000 orang...tahun ke 4...100,000 orang.....kalau sudah 10 tahun? 20 tahun?
Mau letak muka terkazut ni tau. Nda kamu takut kaini. Punya makin ramai bukan warganegara di Sabah ini. Lama kelamaan....iskh...jauh-jauh palis ...ke mana kita mau pigi.
Ini data yang didapati melalui pembancian ke rumah-rumah dan setiap kawasan. Kalau yang berlarian dan tidak mau dijumpai...macam mana pulak tu ya? Teringat waktu membeli-belah di Survey Likas . Tiba-tiba beberapa orang budak disekitar umur 9 hingga 14 tahun mendatangi dan bertanya "Mak cik mau minta angkat barang?" Takazut sa ohh....saya suruh 3 orang angkat...dan interview yang besar...Rupa-rupanya mereka tinggal di atas bukit di belakang Survey tu. Semua tidak ada dokumen dan pengenalan diri.
Bulan November ni saya ada satu pengumpulan data di satu Kementerian di Kota Kinabalu untuk melihat berapa peratus orang kitani, sabahan membeli rumah-rumah di setiap perumahan. Baru 30 % saya dapat dan baru itu pun boleh saya katakan....ramai betul pembeli rumah-rumah dari luar negara.
14.7.2020
Panas terus telinga bah. Saya panas 2 3 hari ni . Lambat terus dapat idea untuk menyambung ayat dalam blog ni kali.
Kakal juga si CM Sabah mau mengarasi mau bagi anak-anak pendatang di Sabah warganegaraan Malaysia. Panas betul sa.....
Panjangggg ni sebenarnya tapi geram saya mau taip...panas jadinya...
Mari kita bincang terntang perkara seterusnya....
"Bayaran pos percuma seluruh Malaysia....kecuali Sabah dan Sarawak"
Jadi...Sabah dan Sarawak bukan dalam Malaysia?
Oh ya bah kan pulak..Sabah adalah sebuah Negara
Sampai terkeluar Kanye West di Sini.
Hahahaahahahahahaahahahhahahaa
Jangan marah...tapi sa tatap marah sebab pistol suhu saya beli bulan 4...sampainya bulan 6. Covid19 punya pasal.
Kenapa ada perbezaan? Okey, faham service fee dan transportation....tapi janganlah bah dicakap... Penghantaraan percuma seluruh MALAYSIA kecuali Sabah dan Sarawak. Teruk terang sajalah baahh...
Selama 4 bulan ni, macam -macam group di facebook wujud. Paling hebat, masak tidak jadi, Netizen Malaysia dan Geng Membawang Malaysia yang betul-betul hebat. Mengantam betul ni group-group kalau orang asing tambirang di facebook. Sampai Al-Jazeera tutup komen untuk video mereka di Youtube sebab membuat laporan berita yang salah.
Kedapatan sudah di Sememnanjung bahawa ramainyaaaaa pendatang asing dari Rohinyya, Myanmar, Bangladesh dan China. Ada pulak tu sudah berIC. Kalau bukan kerana Covid19 bah...nda kedapatan masalah ini. Apa lagi durang di Semenanjung ...menyerang, menyiasat sampai dapat tahu mana satu facebook durang, tempat tinggal, No kereta sampai gambar-gambar orang yang dicari tu didapati bah. Lain macam campin durang di semenanjung tu. ATAU berani.
Kenapa kita di Sabah nda begitu ah???
Bah....kena berhenti dulu ni sebab mau angkat kain ...cuaca macam mau hujan..
Hujan Hujan ohhh Hujan....
3.00pm
14.7.2020
Kota Kinabalu
コメント