top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Tambah Ilmu Yang Penting Selagi Boleh.

Updated: 15 Feb 2023



Nasib baik saya sempat bangun sebelum mgrib habis masa.


Konon berehat kejap sambil menunggu waktu masuk magrib. Sekali terjaga...15 minit lagi mau isyak. kelam-kabut terus.


Bad mood terus.

Telepon-telepon syarikat saya tutup. Tapi tab terbuka. 3 email mendatang.

Email dari Setiausaha SSM.Kena kemas kini audit, Bayaran tahunan untuk setiausha syarikat perlu diselesaikan dalam RM2k dan Email dari peguam tentang..S&P baru tekag wujud untuk tanah Bungug.


Sakit membaca sebab ada 11 keping. Perlu diteliti, kalau tidak, sakit.


Sebenarnya...baru saya tahu..ada beberapa orang tidak suka saya menulis di sini.


Ada yang kata saya riak,ada yang kata terlampau membagi tahu dan ada yang membaca tapi jadi joyah kampung bercerita antara mereka kerana mereka perasan kata-kata dalam blog ini tentang mereka.


Baik kau baca yassin dan bawa-bawalah berjalan. Dari duduk di satu kawasan yang susah betul mau buka minda.

Hahahaaha.....

Mau minta maafkah? Duiii...sapa kenal mdm Paw...karas ni geng...

kalau dengar cakap orang.... Tidak ada beras di dapur.


ok....


Habis satu surat aku baca...kena satu batang berasap kejap. Baru tenang jiwa.


Kadang-kala...rasa mau bermastautin di Semenanjung semula. Di sana, orangnya langsung..kau kau..aku aku.


Teringat ketika tinggal di Shah Alam,ada sebuah keluarga bersusah payah memegang 3 anak-anak yang kecil sambil mengheret tong gas dan beberapa plastik makanan untuk masuk ke lift bangunan kami.


Bah dengan didikan kampung maulah kami menolong. Waktu tu, kami geng dari Borneo seramai 5 orang dan seorang saja dari Kedah. Kami tolonglah keluarga tu. Sorang tahan lift,sorang tolong heret gas dan 2 orang pimpin anak-anak kecil tu.

Boleh-boleh kena jeling.

Hahahaha....

setelah perasan, kami persilakan keluarga tu naik. Tutup saja pintu lift tu...ketawa kami...sambil kami bermaki-makian.


Tapi tak semua gitulah.


Bagus juga kadang-kala jiran tak mahu tahu apa kita buat.

Buat semak bah yang minta ditegur dan mau bercerita dan boleh membawa membawang.


Berdosa saja bah. Kadang-kala yang kuat mengumpat ni..yang kuat agamanya.

Hahahaha...


Keadaan begitu kan menjadkan kami ikut keadaan persekitaran.


Pernah ada satu suboh. Saya dengan best friend saya...kami panggil dia Congek. Lelaki dari Sarawak. Betul-betul best friend. Kadang-kala kawan-kawan fikir kami bercinta....terdengar kata-kata kawan...muntah kami...setan betul.Merayap saja kerja kami....Mana ada laptop zaman kami...Habis artikel berpas-pas. Sharing is caring orang kata. Melepak saja kerja kami. Kalau esok takder kelas...sampai suboh kami lepak...dekat saja pun dari rumah...tak sampai 20 langkah.


Esoknya, lepas solat. Tidurlah sampai tengahari.


Malam melepak lagi. Sampai ke suboh.




Seronok waktu study.

Masa banyak, tenaga kuat tapi duit takder.



PTPTN lah membantu.


Seminggu boleh-boleh perlu menghabiskan 11 assignment. Sempat lagi tu kerja di warung, KFC dan Pizza.

Ada satu tempat yang saya betul-betul tidak akan lupa.


Tengoklah di bawah ini.


Siapa yang pernah study di tempat ni akan tahu dan menangis naik bukit jadi minah tonggek...hahaha...

3 bukit ni ..


Jadi...sambung cerita..


Saya tinggal di seksyen 9. Banyak betul tempat makan sampai suboh.

Sambil makan sambil buat assignment dan bertukar-tukar bahan untuk dijadikan reference.


Teringat nasi lemak Melayu semenanjung bah. Tiadalah tak sedap makanan waktu di Semenanjung.

Murah-murah lagi.


Kenapalah saya teringat zaman penuh merayap saja kerja ni ya?

Ini Akibat berkomen-komen di facebook dengan geng-geng kelantan ni.

Adakah ke KLCC dengan dit RM10 saja. Gagah mau merayap seluruh KL. Dalam beg adidas (beli dr chow kit) ada payung, botol air utk refiill air 20 sen, buk nota dan walkman. Masuk ke KLCC kawan2 panggil...kak, mai sini...si kawan tunjuk kedai jam...

Jam tu lebih mahal dari mu...setan...harga jam tu RM200k. Jahanam punya kawan. Kalau kawan bawak kereta...sempat lagi dia bawak lalu di Lorong Haji Taib...memperlihatkan geng sajat. Mnyumpah kami dalam kereta. Kawan dari Kelantan lah tu yang bawak.


Kami bercerita ketika graduate di UiTM Shah ALam. Masa graduate masa penuh kesedihan. Saya dulu graduate sapa yang datang meraikannya?

Abang Sabah dari Semporna. Macam mana saya rapat dengan abang Sabah tu?

Dia ada kedai handphone dan vcd cetak rompak di PKNS...hahaha...


Kami hari-hari disana mencari cd.

Kenapa saya dengan dia rapat?

Saya smuggle rokok dari Labuan, dia tukang jual.

Nauzubillah himinzaliq...


Hahaha...di Labuan waktu tu...1 pack dunhill baru RM19.90. Di luar Labuan RM100.

Sampai orang di Airport scan beg, semyum melihat lebih 7 ke 9 kotak-kotak rokok.

Ok pulak tu

Putus berhubung selepas graduate. Semoga dia sihat dan panjang umur.


Ntah mana sudah baju ni ...di rumah mama rasanya. Waktu slim lagi.


Pernah dibawa kerja luar ke Janda Baik sebagai pembantu KKM untuk menyedarkan orang-orang asli tentang Malaria.




Waktu ni kami bersiap sedia untuk menghiburkan orang-orang asli dengan tarian joget. Saya bertugas sebagai jaga sound sistem....hahahaha


Saya dapat banyak ilmu waktu ni. Saya tak pernah menyuimpit petai pun pandai dan dapat lagi petai, bah.


Balik dari Genting Highland...terus bergerak ke Pangkor sebab last semester. Mesti tak akan jumpa lagi.



Zaman The Best Ever.

Balik Kampung? Hanya balik Waktu Hari Raya.


Ok...


Sebelum ini, ada planning menimba ilmu...seterusnya dapat lesen penilai eset.


Covid ni mengacau perancang untuk melanjutkan pengajian tau.


Sampai kena bagi course research dan tak payah masuk kelas. Tahun depan bulan march saya mula.

2 tahun saya memohon...proposal tidak cukup...

3th times is the charm nya orang puteh.


Tapi sebelum masuk, saya ken buat proposal dulu.

10 permasalahan dan 10 jawapan permasalahan tersebut.

Tajuk research saya ialah


'Kenapa harga hartanah di Sabah begitu mahal dari Negeri -negeri lain di Malaysia'.


Dalam research itu, saya memerukan lebih 5 cara anda mendekati orang luar.

Itu pasal ada wujudnya blog- blog dari saya.


Facebook, twitter, Instagram, pages,blog,website dan baru-baru ini, tiktok.

7 media social dari saya. Semuanya ajkan diprint out dalam research saya nanti.

Itu pun jadi persoalan beberapa pihak. Takkan saya nak bagi tahu dengan semua. Adidididh...


Manually saya akan invite semua untuk like dan follow.

Rupa-rupanyaaa....kalau mau ramai tengok media social kita...main bayar...

Hmmm...


Pages RM37 semniggu.

Tiktok RM70 seminggu.


Blog dan website saja saya belum terjumpa macam mana mau bayar.

Husband saya bilang janganlah berblog. Nampak kita riak. Tapi sebenarnya semua ini adalah bukti kerja dan pergerakkan yang akan disertakan dalam penyelidikan saya nanti.


Saya buat. Seronok sebenarnya menulis ni. Tapi hey...hanya orang tertentu boleh membaca.


Bukan membaca dan mengeja A,B,C tapi membaca.

Everage seorang di Malaysia membaca 3 keping halaman selama SETAHUN.

Zaman saya belajar dulu..sehelai untuk setahun. Makin majulah sejak ada segala media sosial ni.


Ok...mau menyambung membaca surat dari auditor lagi.


Dalam blog yang kali ini, ya tak nak masukkan tentang kerja kami ditapak lah. Tunggu ada beberapa perkara baru dapat sambung balik kerja.


Hanya wahai mereka-mereka yang mau teruskan hidup di dunia yang semakin hari semakin chaos ini,


JJngan terlampau peduli dengan hal orang.

Berusaha untuk majukan diri sendiri tanpa bantuan orang lain.

Jangan pemanas jika berurusan dengan orang teruama sekali orang-orang muda yang baru berkencimpung dalam apa saja pekerjaan yang anda mau buat.

Diam dan pantau dulu jika orang mengamuk di depan anda. Let them cool themself first and then speak to them , nicely.


20.10.2022

930pm.

37 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page