top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Berehat Bukannya Berhenti...



6th January 2023


Happy New Year


Selamat Tukar Tahun








Apa khabar korang semua?


Stresskah?


Sebelum aku taip lebih-lebih…ini yang aku taip sebelum blog yang ini.


Berapa hari lagi nak habis 2022.

Aku masih selalu tersalah taip tahun. Masih 2020 aku taip.


3 bulan ni…tertekan…tekanan dan mengenang sendirian sebab…



Nauzubillah..semua pengurusan tidak menjadi.


Semua kawasan tanah yang kami usahakan belum tertimbus-timbus. Kalau ambil tanah lain untuk menimbus…lari budget…jadi kami beli tanah bukit.

Bersyukur

Ada tanah timbusan…jentera dicari dan booking…3 bulan menunggu…baru ada..

Bersyukur ada

Ada tanah untuk timbusan, ada jentera…lori pulak asyik kena pakai…

Akhirnya semua ada…


Tanah untuk timbusan, jentera untuk membuka, meradu, membuat jalan dan siap sedia lori keluar masuk ada, lori berbaris…




Tiba-tiba


Hujan tanpa berhenti selama 2 bulan.


Anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala?


Telan panadol pun tak ‘makan’.




Semalam…dari klinik..sempat round-round beberapa tempat tapak constructions di Kota Kinabalu. Encik husband tengok-tengok mana tahu ada consultant mereka perlukan.



Tengok-tengok ketemu dengan beberapa contractor yang ada jentera berat keluar dengan fail masing-masing.

Mengeluh mereka kerana sudah 3 ke 4 bulan tak ada kerja sejak musim hujan ni sekarang. Mereka mau masukkan jentera ke dalam site. Sekurang-kurangnya…ada pembayaran.


Kami fikir, kami saja yang terkandas ketika hujan melanda ni.


Korang perasan kah cuaca lain macam sejuknya.

Tak ingat saya tahun berapa tapi beginilah sejuknya ketika sebuah gunung meletus di Rusia…sampai ke asia tenggara sampai sejuk saljinya.


Zaman muda dulu..paling suka sejuk dan ribut begini.

Tapi sejak sudah berumur begini, paling siok berpeluh-peluh..segar rasa badan.


Rindunya berpanas dan berpeluh di tapak tanah sambil minum2 kupi ping.


Sekarang ni…ada masa untuk berehat…sanalah datang sakit.

Sakit kiloid membengkak. Hairan sungguh saya…waktu kerja, boleh ke sana ke sini..tak pulak benda ni sakit dan membengkak.


Sanalah datangnya demam…


Saya mengidap kiloid ni sejak 20 tahun yang lalu. Mula-mula, jerawat yang tumbuh. Pecah dan digaru-garu. Mula gatal dan luka.

Sedar tak sedar…makin besar. Sehingga sebesar 1 sen hingga sebesar 50 sen, 4 x 50 sen.



Jahanam betul.

Saya ada 2 pilihan saya.


Suntik bagi kecut


Atau

Operation buang tapi 90% akan tumbuh balik.


Sakit …sumpah seranah saya tiap kali benda ni membengkak.

Macam 24 jam kena cubit keras.

Selama 20 tahun benda ni wujud.

2 kali sudah saya pergi pakar kulit.


Sejak kena suntik vaksin baru benda ni pandai bernanah dan keluar air.

Suntik steroid atau operate tapi tumbuh balik.

Asal sihatlah….


Malas sudah…. Ajal maut tuhan sudah tentukan.


30th December 2022


Saya mimpi berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia ke X semalam.


Hebat bangun pagi-pagi.


Effect makan ubat gatal yang super duper kuat sampai azan subuh saya tidak dengar.


Satu hari aku senyum ni hari.


Adakah PM X kita berkahwin dengan adik macik ku.

Tinggal disebuah rumah yang luar dan besar sebelah sekolah rendah saya dulu.


Beristigfar aku bah…


Dalam senyum-senyum ni…ada 1 benda aku betul-betul risau.


Ekonomi tahun depan.


Dulu aku buat tak tahu ni.

Content-content di tiktok, di youtube dan dimedia social.



Nampak betapa sengsaranya di hujung tahun 2022.


2 minggu ni…Teruk pola masa tidur saya.

Malam tak dapat tidur…siang mengantuk tapi tidak dapat rehat.


Sekali makan ubat…bangun-bangun mesti dada dan tempat disuntik berdarah dan keluar nanah.


Kerja tak berjalan-jalan.

Kemasukkan slow.


Aku terbangun pukul 1am 2 malam lepas.

Tengok jam dihandphone…tengok2 Deasako inform…ada tanah runtuh di Ranau.


Aduh…terduduk eh. Sebab paginya tu mau mula bergerak ke Marakau.


Hold.


Semoga keluarga yang terkena bencana di Ranau bertabah dan dapat rezeki yang dibagi dengan lebih baik lagi, amin.


Kadang-kala, tiktok lebih laju maklumat dari berita.


News tentang negara China.

News tentang benda di Ranau.

News rentang ekonomi kita.



Teruk tau….

Orang mau buat loan pun kebanyakkan kena rejected.


Kenapa?

Bank akan menaikkan % dimasa akan datang.

OPR - Overnight Policy Rate.

Kalau bank bagi notis naik…automatic potongan pinjaman akan naik juga.


Tapi takkan majoriti kena rejected?


Bikin hairan ni.

T

11.1.2023

Aku mimpi naga tadi. Naga tu berwarna warni…merenung aku…terbangun sebab aku rasa mulut aku kering dan kasar macam kertas pasir..mesti terbuka aku tidur…iskh.


Selamat 3 tahun, tak pernah aku tidur petang.

Sekali kena bagi ubat gatal…letak saja kepala dibantal…sampai ke magrib aku tidur..nasib baik cuti solat.


Darah ada tinggi kak doktor tadi.

Apa tak nya…kerja tidak terjalan.


Kena complaint oleh majoriti orang.

Jentera mau kerja pun , kasi panas tanah dan cuaca dulu.


Inilah masa untuk berubat. Tunggu selepas Tahun Baru Cina, Mau buat benda yang selalu saya sakit dan tidak dapat bergerak.


Tiap hari staff saya rotate di office. Work from home. Bukan banyak kerja sekarang hanya paperwork dan surat dan benda untuk difailkan.


2020 hingga sekarang, satu tingkat, 1 level dengan office kami, hanya 4 kedai yang buka. 2 ah long berlesen , spa dan office kami. 3 tahun masalah datang dan pergi, kedai yang dulunya buka lebih awal dari kami…masih tidak dapat buka lagi. Sedih sebenarnya sebab sunyi.


2023 ini

Antara business yang tidak memerlukan tempat / office ialah


  1. Butik

  2. Beautition


Jimat duit untuk bayar sewa tempatan.


Kami berfikir sudah ni untuk tak payah beroffice…soon…

Perlu sudah berjimat.

Masih berfikir sebab bahagian kami…masih memerlukan tempat yang professional untuk berjumpa dan duduk bernbincang secara tenang.

Paling saya tidak mau berurusan di kedai kopi. Nampak betul broker.


Ada satu situasi sekarang ini yang saya mau bagi tahu tapi selesaikan dulu dan terhasil dulu.


Hanya yang boleh saya cerita ialah


Teruk


Keadaan ekonomi sekarang stuck/hold


Tengok ni.


Negara kita sekarang mengalami inflasi.

Bank terpaksa menaikkan oeratus pinjaman yang sedia ada. Belum lagi loan yang akan dibuat. Gaji orang ramai memang ngam-ngam untuk potonga tidak melebihi 60%.


Ni, akan naik lagi OPR


Overnight Policy Rate.

Tunggu saja ni.


Harap tidaklah…kita mau tengok apa Perdana Menteri X{10} kita mau buat macam mana.

Letrik sudah dia kata…tidak payah kasi naik tarif dia.

Tol pun sama


Bersyukur.

Ekonomi kita.




Selepas itu…orang ramai masih mau berfikir untuk membeli tempat untuk dinamakan, tempat tinggal.

Majoriti susah membeli rumah sebelum ekonomi dan covid19 melanda seluruh dunia.

Sebelum ni, nilai tanah dan rumah di tempat kita, Sabah, tidak ada kawalan langsung. Rumah 3 bilik dalam RM500k. Bergabung nama untuk membeli rumah pun tak mampu.


Jadi, kebanyakkan pemaju sekarang hold dulu pembuatan dan membina sebarang kerja.


Banyak kami menemui kertas kerja untuk pembinaan kondominium di Sabah tapi tidak dapat diteruskan hanya kerana


  1. Sekiranya dibina, penjualan tetap akan berkurangan kerana nilai tidak sama rata dengan gaji pembeli. Mana pemaju mau buat kalau tidak dapat jualan dan keuntungan.

  2. Pekerja / buruh tempatan susah mau dicari. Buruh tanpa dokument….ramai……saya ulangi….ramaiiiiiiii.

  3. Pemaju yang ingin membuat bangunan tersebut, tidak dapat kewangan yang baik (kita kembali kepada bank tadi).


Terberhenti seketika. Apa yang mereka hadapi sekarang…semua pun sama.


12.01.2023


Susah ku jangka…pengurusan ke Pakar memerlukan masa yang lama juga.

walaupun aku hari-hari perlu membersihkan luka yang tak pernah kering, ke klinik jika habis ubat dan segala kapas, akhirnya baru ada tarikh untuk jumpa pakar.


Rasa macam penagih dadah sudah ni. Makan ubat gatal sama feelingnya macam ubat selsema. Tapi yang bestnya…sedap tidur.


Sekarang…masa untuk cerita tentang kerja.

Call jentera, Demam?

Lori, poinka!

Cuaca…baru aku sebut namaMu…hujan…


Tekanan sajaku


Ni kali…aku rasa bersyukur kerana langit gelap dan hujan..


Sebab..


Bataras dan Kilang Perabut terbakar gila…3.30pm ni pun masih lagi marak apinya.


Lain betul malapetaka sekarang ni.


Kebakaran

Banjir

Demam


Pernah rasa kecewa yang teramat teruk sekali…

Terus keluar segala penyakit..


Tuhan mau katakan…STOP!


Kau berehat dari kerjamu dulu…ubati dulu menyakitmu yang sudah lama kau hidapi, nya Tuhan …

Tapi…makin saya berubat…samakin banyak penyakit keluar…


Nauzubillah


Semakin tidak kerja ni…semakin saya sakit luar dan dalam.


Bermasalah sekali gus.

Penjualan

Mmerosot habis.

Pekerja semua ttidak mau turun sebab demam

Salah lantik pengurus lagi.

Penat sudah. Rasa mau full time belajar balik tapi aku atur dengan baiklah dulu.


Last appoinmet dengan klinik kerajaan sebelum ke Hospital Queen.


Baik berehat untuk maintain tekanan darah supaya tidak sentiasa tinggi dan masalah kulit.

Sebab, sekiranya doktor pakar periksa dan kedapatan saya ada kudis dan darah tidak stabil...kena tunggu lagi 2 minggu untuk keputusab operation atau tidak lkagi.


Jadi..meeting semua...ada yang pakai Zoom kerana supervisor kerja tanah di Luanti, Ranau tidak dapat turun ke kota kinabalu.

Semua telah diberikan tugasan masing-masing.


Semua faham kerja masing-masing...saya cuti berubat.



Nampak gambar-gambar di atas?

Cara untuk berubat kulit. Kena nasihat doktor, sebelum jumpa pakar, baik sembuhkan apa saja kudis atau benda gatal, sekiranya kena operation kiloid mi tapi berkudis...doktor tidak akan buat.

Kena lah berehat, rendam kaki yang gatal ini, off diri dulu 3 minggu.






4.2.2023


Baru keluar dari hospital…

Ketumbuhan ni pandai mengecut!

2 minggu aku tidak fikir tentang kerja. Doktor minta jangan banyak fikir dan kerja sudah dibagikan masing-masing.


Betul pulak…darah ok dan ketumbuhan yang sepatutnya dioperate sekali lagi, sudah mengecut.

Punyalah saya ber amin. Tapi suntikan tak lepas. Kelmarin 9 suntikan dibahagian suntikan.


Inilah contoh suntikan kelmarin.




Sekarang….kesannya ialah…sakit dan lenguh satu badan.


Selepas keluar dari hospital. Saya tidur…terjaga magrib…pastu tidur sampai 6am.

Check darah, tinggi pulak.


Steroid dalam badan.


Pelan-pelan saya baca apa ditaip di sini.

Ketara betul terlampau banyak dadah dalam kepala hahahah


Kejap aku, kejap saya.


Dekat 3 minggu sebelum ni…dari berubat berendam di tanah sampai bergosok sejenis bunga kami panggil kuduk-kuduk…semua saya buat. Bukan main makan dan minum ubat lagi. Takut rosak buah pinggang.


Baik terus kulit dan kudis.

Hari-hari-hari makan ubat, takut rosak buah pinggang memproses segala ubat-ubatan.


Selepas kena suruh berehat 5 hari…saya berehat sebentar.


118 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page