top of page

Buka Kawasan Baru yang Tenang tapi Penuh Cabaran

Updated: 8 Mei

Keinginan saya untuk menaip di sini terbuku Ketika berurusan dengan pengurusan Seri Paduka yang Dipertuan Agong.


Selama 7 bulan saya urus..akhirnya selesai. Tunggakkan saya saja yang belum muncul-muncul.


Assalamualaikum dan salam MADANI semua…


Masih Dapat Mengucapkan Selamat Hari Raya.



Im back.


Punya teruk aku tengok kerja-kerja mengurus 2 kerja dalam satu masa.


Susah mengaji pekerja yang tidak tahu susah dan pemalas dan asyik mahu bercinta.

 

Abaikan cerita dalaman….lain blog saya cerita.

 

Cantik cuaca Bulan January hingga…April.

Jadi kami dengan rezeki yang tiba-tiba mendatang, orang mahu menjual tanah beliau dengan harga yang murah dengan keluasan yang luas, 3 ekar 0.34, NT sajalah.

Dari hutan ke Kawasan padang yang bersih dan luas.

 

Tada

 

Macam biasa …5 ke 10 lots kami akan buka soft opening RM25,000.00

Selepas cleared dan timbus, siap naik harga RM35,000.00

Harga termasuk pecah geran secara individu ya. Geran asing.













Sekarang















Selesai. Tinggal proses tandatangan untuk perpecahan geran individu dan persendirian saja lagi.


Ramai orang Keningau masih tidak tahu lot lidi. Ramai yang buat di sana.Dan tidak tahu kelebihan pecah geran.


Kami senang..tidak mau kacau periuk nasi orang.


Ramai pulak pembeli orang kelahiran Keningau tapi merantau. Kerja di korea paling jauh.


Tapi kami ragu-ragu kalau pembeli luar Keningau malah dari luar Malaysia untuk membuat pembelian. Kepastian orang tersebut mahu tanah tu ialah...letak deposit.

Ini adalah disebabkan...


Pada awal bulan Februari, tiba-tiba ada orang Ranau telah menghubungi salah seorang staff yang buat merketing mau membeli sebanyak 8 lots. Terkejut kami. Segala kad pengenalan, surat beranak sudah dibagi dengan kami dan pihak peguam untuk perjanjian S&P dia. Pihak peguam kata, letak 10% deposit. Di sanalah kami dapat kenalpasti...orang tu scammer.


Tengah tunggu bayaran dari kapal di Singapura lah, duit digunakan partner untuk Chinese New Year lah. Akhirnya kami tidak percaya sebab minta tempoh dari seminggu ke 2 minggu hingga ke sebulan. Senang bah stalk orang sekarang. Dia pemain ragbi yang ada syarikat di Luyang.



Ok...kepada semua..silalah berhati-hati...manusia sekarang lain macam...

Tiada duit tapi tambirang macam banyak duit mau barang.


Tarik nafas...

 

Mari kita bercerita pulak tentang kontraktor.

Ini akibat percaya (dah beberapa kali kena…kena lagi) dengan orang.


Kami ada seorang agent freelance, Perempuan.


Dia di Keningau. Jadi kami minta lah dia untuk urus mana-mana kontraktor boleh buat clearing dan buat longkang sekali gus. Manager berjumpalah dengan orang nama Mr Y. Bagus betul…Manis mulut. Biasalah…


Dia minta RM15,000.00 untuk semua sekali. Ok set. Deposit kerja RM5,000.00

Clearing bermula.

Cuaca amatlah panas…pokok-pokok kayu senang kering dan senang dibersihkan.

 

Satu masalah muncul. Apa yang dirancang dan disuruh oleh pihak kami…tidak didengar dan diikuti oleh pihak kontraktor.

 

Benda pertama saya minta.


1.       Jangan Buat Pembakaran Terbuka.

Kalau kepala sudah khayal dan sana juga durang memasak pusas di tapak…apa saya suruh, dukoiii…langsung dia tidak buat. Entah berapa hari dia buat pembakaran.

Saya pulak sibuk di dalam sektor Kerajaan dan bertungkus lumus untuk mengurus untuk keluar…terlepas pandang selama 3 ke 5 hari.

 

Terus Jabatan Alam Sekitar call dan mau ketemu.

Manager saya sebagai wakil. Datang saman.

RM28,000.00!!!!!!!!


Sekali kami periksa…

Adoi..sampai ke kebun dan tanah orang Mr Y , contractor tu bakar. Sampai rosak bah pagar orang.




Perundingan 4 mata dengan owner tanah sebelah.

Pokok-pokok kelapa sawit yang ikut terbakar.

Pagar dalam RM2,000.00 dan ganti rugi 11 pokok-pokok kelapa sawit, RM2,000.00. Nasib baik empunya kelapa sawit tu minta bayar mengikut apa yang Jabatan Pertanian bagi Sahaja.

 

Dekat 5 kali Jabatan Alam Sekitar mau berjumpa dengan mr Y, pandai lari…dengar-dengar lari ke tempat asal dia, Ranau.

 

Setelah kami kemukakan semua bukti yang mengatakan

1.       Kami minta bawa pokok-pokok yang sudah tumbang tu dibuang tempat lain – Dia tidak mahu

2.       Kami minta korek tanah dan timbus buang batang-batang tu di lubang – Dia tidak mau

3.       Memberitahu yang perlu berjumpa dengan orang Jabatan Alam Sekitar, pihak kontraktor dan pihak kami di office – dia tidak mahu.


Mr Y lah kena cari oleh Jabatan Alam Sekitar sekarang.

Kerja-kerja kami terpaksa dibuat sekali lagi.


RM5,000.00 terbang.


Ada gambar Mr Y tu….bukan susah mau stalk orang zaman IT ni. Semua ada Facebook dan tiktok. Gambar dia moginum mengalapik pun saya dapat.


Tapi tuhan maha Adil.


Nama dia dan Syarikat dia sudah diketahui ramai. Dalam system Jabatan Alam Sekitar sudah ada. Tapi manusia jenis Mr Y tu…kulit dinasour…tiada malu…

 

Lari betul budget oleh kerja Mr Y dan crew nya ni…terpaksa melantik kontraktor baru untuk buat kerja-kerja semula. Cowboy Enterprice…Hebat kerja-kerjanya. Sekarang mau buat jalan masuk saja lagi. Masalah mula muncul…

Membayar macam buat kerja pertama...lari budget lagi


ROW, empunya tanah kiri kanan ambil kesempatan mau cari duit angin. Owner minta RM10,000 baru mau tandatangan izinkan ROW. Kami inform dengan jabatan tanah, row yang wajib saja kami ambil. Kerajaan kena sediakan untuk membuat jalanraya. 5 kaki kanan dan 5 kaki kiri.

Tunggu panggilan lah.

 

Sudah hantar permohonan dengan Jabatan Tanah Keningau…3 minggu sudah…belum lagi kena panggil. Hantar sebelum raya ya. Tapi kami hantar lagi hari raya ke 6.

 

 

 

Sabar sajalah

 

 

Saya menunggu panggilan dari mereka untuk signing pastu Cowboy akan teruskan kerja terakhir.

Selesai ini…Tinggal pembeli kena panggil ke office kali terakhir untuk tandatangan untuk perpecahan geran masing-masing.

 

 

Cerita tentang kontraktor….

Mau cari duit bah kan…tapi kalau cara pandai mark up harga dan minta duit sebab introducing kepada customer pun dia mau…merbahaya tu.

 

Patutlah ramai tidak mahu berurusan dengan kami…sebab kami kata mahal.

Bayangkan dan jom buat pengiraan.

 

Kontraktor A info saya yang 1 trip RM170 setrip.

 

Rupa-rupanya

Kontraktor B minta RM130 setrip

Mungkin kontraktor B hairan kenapa taka da yang mau…direct call kami…

Kalau dia tidak telefon…tidaklah kami tahu perkara sebenar.

Direct kami dengan kontraktor B.

Merbahaya betul sekarang ni.

 

Hal yang sama dengan kami di Keningau…Harga baru RM20k…tapi kami terima RM26,000. Aduh…rupanya kawan yang introducing kami tu ambil RM6K.

 

 Malas mau komen tapi lama sudah kami kerja dalam sektor ni. Karma is always appeared.


Tuhan Maha Adil.


Ok...

 

Satu hal yang jadi tanda tanya saya.

Kenapa orang berani beli tanah main masuk nama.

Kami pernah buat ni dulu. Punya kesian pembeli. Ramai yang berpindah dapat kerja bagus …terpaksa jual balik…Nasib baik waktu tu belum terbuat MOT di jabatan tanah..peguam terlewat sebab masalah surat beranak pembeli.

Selepas benda ni terjadi…terus kami buat dan jualan pecah geran.

Kamu bayangkan…


Kalau 20 lots…kalau mau pecah geran, kos perpecahan akan ditanggung sendiri. Pastu terpaksa cari 19 penama lain untuk minta izin dan tandatangan setiap orang untuk buat perpecahan tersebut.

Jauh-jauh palis lah…kalau dari 19 penama tu ada yang meninggal…terkandas proses pecah geran. Kena tunggu lagi pewaris menuntut di jabatan tanah.


Allahuakhbar.

 

 Bah...saya kena stop dulu kali ni.

Next blog...saya mau cerita bagaimana orang/netizen/ yang mau menjatuhkan pekerja saya dan syarikat dengan menfitnah dengan dia buat fake akaun di facebook dan memviralkan cerita-cerita nya.


Sekarang polis tengah cari dia.

7.5.2024


 

 

26 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page