Disiplin / Dicipline
- trustpropertiestp
- 10 minit lalu
- 5 min membaca
Discipline is the quality of being able to behave and work in a controlled way which involves obeying particular rules or standards.
Disiplin ialah kualiti untuk berkelakuan dan bekerja dengan cara terkawal yang melibatkan pematuhan peraturan atau piawaian tertentu.
Atau bagi senang faham...
Mengikut arahan

Direct to the point…
Disiplin…
Makin hari makin berkurangan ada diwujudkan dalam diri manusia zaman ini. Sengsara tau menjaga manusia yang berperangai macam Binatang.
Binatang lebih berdisiplin kalau difikirkan.
Bangun ia dari tidur terus pagi-pagi mencari makan dulu. Selepastu ia akan Berjaya mendapatkan pasangan hidup masing-masing.
Itu pun punya usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan perhatian pasangan berlainan jantina. Banyak contoh-contoh Binatang buat untuk menarik perhatian pasangan masing-masing.
Dengan usaha yang kuat dan kejayaan…dapatlah mereka membiak. Pastu…mati…
Manusia ?
Bangun pukul 10am…cacing yang awal keluar dari tanah pun sudah balik Kembali ke tanah pada masa tu…
Macam mana mahu mendidik orang-orang yang selama ini…berpuluh-puluh tahun telah buat benda yang sama?
Melentur buluh dari rebung?
Ini buluh tua yang ditetak pun tak tumbang.
Macam mana nak dijadikan pekerja?
Itu yang dah tua bangka yang solat pun masuk penjara baru terhegeh-hegeh dipaksa dan sudah keluar ke dunia nyata baru mula nak sembahyang dan solat lima waktu sehari.
Pastu , lama kelamaan akan Kembali menjadi buluh tua yang sudah keras.
Anak-anak muda pulak. Ditegur, melawan. Ditegur lagi, lari dari rumah. Dibiarkan lari, akan bergaul dengan manusia yang tidak bertamadun pulak.
Susah kalau jadi memanusiakan anak zaman ni.
Terdengar sekarang ramai anak muda sudah jadi tidak waras?
Bertelanjang bulat lari-lari ditengah jalan?
Kerana tidak tidur malam. Tidak cukup berehat terutama sekali bab tidur.
Mengadap telefon 24 jam. 36 jam. 48 jam.
Sudah 4 hari tidak tidur, keluarlah gila nya.
Bercakap sorang-sorang. Disentuh sikit barang-barang dia. Dipecahkan seluruh rumah. Mengamuk.
Jadi si bodoh.
Kalau kaya ok juga..ini miskin..susah mak bapak mengumpul barang dan asset untuk hidup.
Dapat lagi kawan yang kuat merokok…makinlah adrenal tu kucar-kacir.
Sekarang ada pulak vape yang pelbagai flavour dan benda dadah boleh dicampur. Otak mengecillah…yang bijak dari mengecil…jadi bodoh.
Tiada lah mushroom segala. Itu air batu. Cecair yang mereka buat Syabu...
Zaman saya dulu…
Pernah juga tidak tidur
Masa belajar, minum air kopi…
36 jam tidak tidur…selepas exam..keluarkan segala benda yang dihafal…
Balik rumah…tidur 24 jam…
Terutama sekali di hujung semester.
Tapi tidaklah gila segala internet sampai 3 hari 3 malam tidak tidur.
Susahlah manusia zaman sekarang.
Disiplin
Ada satu hal lagi.
Kan kita cuti baru-baru ni,,,Saya bagi lebih 2 minggu cuti. Jadi dibagi briefing awal-awal…handphone on…kalau kena whatsapps…walaupun 3 hari baru Nampak…balas.
Test raya ke 2. Dari 10 orang…6 orang balas. 4 lagi…di call..di whatsapps..esok mau masuk office pun tak buka handphone. Mereka mengaku terima whatsapps..tapi tidak menyahut. Padahal mau minta number akaun untuk membagi duit raya. (Ada yang membagi no akaun pelbagai bank tapi tidak berfungsi).
Hari pertama masuk ke office…boleh-boleh dia kata esok baru dia mau bergerak ke tempat baru?
Tidak ada disiplin. Sebagai ketua yang bukannya senang dapat pendapatan untuk MENGAJI dan MEMBAYAR gaji orang-orang begini…
Anda Fikir Saya Ada Masa Mau berfikir Tentang Manusia Begini?
Kerja di Syarikat saya…liberal
Kerja yang 9am to 4.30pm – Admin/akauntan/ marketing (Paling ramai dapat sales)
Kerja on the call – Marketing/tukang ukur
Kerja Ketika cuaca panas – Jentera
24 jam kerja – boss
Bagi mereka yang dalam marketing antara kerja paling relax di dunia. Mereka hari-hai ke office pastu…jalan lah…ke mana-mana.
Itu pun tidak dibuat.
Tiada Disiplin.
Bagi saya…
Saya hanya tahu, staff bawa customer tengok Kawasan tanah yang orang minat.
Bawa semua document dari customer tu untuk dihantar ke pejabat peguam…done.
Tapi..selama percubaan beberapa bulan…30 hari…5 hari saja boleh dihubungi.
Dia fikir saya ni Kerajaan yang menjaga Kebajikan 100% kah?
No to the no.
Melantik keluarga sendiri dalam Syarikat.
Lagi satu permasalahan yang sakit.
Saya ada beberapa ahli keluarga yang semua ada…terutama sekali jentera.
Macam biasa..saya malas mahu menggunakan perkhidmatan mereka.
Akhirnya kena juga perkhidmatan kerana ada tanah dekat mereka.
6 bulan …tiada apa-apa terjadi.
Hahahaahahahah
Disiplin tiada.
Tak tahu saya mau cakap…disiplin ni..wujud sendiri Atau dididik dalam diri atau dipaksa masuk dalam diri.
Perkara yang saya ingat membuatkan saya stay alert.
Tahun 2…8 tahun….saya paling suka pergi ke sekolah..dan paling tidak suka guru kelas aku…nama dia Cikgu Sugini.
Suka sekolah sebab boleh bermain dan waktu tu…tiada apa-apa yang menghiburkan diri…TV bukan macam zaman ini. TV1, TV2 dan RTB (dapat siasat TV dari Brunei).
Ada PSS (Pusat Sumber Sekolah) yang hebat….tak sampai 200 buah buku…siannya sekolah rendah tu..tapi…membuka minda saya.
Hari-hari saya pinjam 2 buah buku.
Guru kelas? Kalau lewat lapor diri dengan dia atau tidak datang ke sekolah…dia akan cubit kulit perut pelajar.
Pakai kuku pun pernah.
Bekas macam kena gigit nyamuk yang besar. Paling saya takut.
Jadi…Kembali kepada cerita disiplin saya.
Mama saya akan buat benda ni kepada semua anak-anak dia.
Dia akan bangunkan kami pukul 4.30am dan membuka lampu dan tutup kipas dan bercakap dengan suara besar.
“Bangun…akhir sudah…7 pagi sudah..”
Kepala saya akan keras dan mata saya besar.
Pelik binti hairan..selama 7 tahun..trick dan caranya ni...masih menjadi dan mengasi...
Dari sanalah saya susah nak bangun lewat (Kecuali waktu datang period).
Mau ada didikan dari orang tua juga.
Tapi……mak bapa yang beranak zaman ni pun melebihi ketidak disiplinnya dari budak-budak sekarang ni…musnah generasi depan negara.
Kadang-kala, selepas habis project kami…duduk termenung saya tu.
Dalam 10 orang staffs saya…2 boss, 3 admin dan marketing dan seorang tukang ukur saja yang banyak betul bekerja dan mendatangkan hasil untuk Syarikat ini.
Ada staff yang menyinggah saja.
Man power bolehlah….untuk urusan jual beli, kayu.
Kalau bangun pun tengahri, whatsapps dan panggilan pun tidak dijawab…
Sebagai seorang pengurus dan empunya Syarikat …apa perasaan anda?
Perlukah saya Kembali menjadi GURU DISIPLIN yang datang ke rumah pekerja dengan rotan?
Pernah..bukan dengan rotan tapi loud speaker bacaan Yassin dan ayat suci al – quran.
Tapi….sampai bila???
Senang…buang kerja.
Sekarang kami hanya ada 7 orang saja dalam Syarikat ni..selebihnya man power yang dibayar mengikut kerja.
Syukur juga ramai freelancer marketing dan agent sekarang.
Freelancer-freelancer ni…kebanyakkan dari sektor Kerajaan…
Mereka betul-betul tahu kerja yang bagus dan yang penting….duit komisen.
Entah kenapa ….nampak betul perbezaan orang yang pernah kerja dari mereka yang lahir-lahir dengan kesenangan hidup.
Generation Z
Botol air durang datang ke office lebih mahal dari botol air c boss.
Hahahahaha….
Saya pulak yang risau.
Tapi di bagi gaji RM1500 ok pulak…
Takkan saya jadi stalker melihat keadaan keluarga mereka pulak kan?
Banyak bah kerja saya lagi…
Apa ayat pak cik yang makan Panadol tu?
Anda fikir saya ada masa untuk sakit dan menstalk hal orang lain?
Hahahahahah
Lain pulak ceritanya nanti…
Kembali kita kepada disiplin
Sebelum ini…ramai ibubapa menghantar anak-anak mereka di sekolah ketenteraan untuk mendisiplinkan anak-anak mereka…
Tapi…
Zaman ini pun…rosak dan banyak kehilangan terjadi dalam sekolah tentera dan sekolah yang tinggi disiplin.
Ragging tahap membunuh sudah.

Kes Arwah Zulfarhan
Saya pernah sekolah dan tinggal di asrama sekolah yang tinggi disiplin. Tiga tahun. Pernah kain cadar dan selimut ditarik dan dibuang depan-depan saya kerana tidak licin dan kemas.
Makanan yang kena hantar oleh mak bapak saya di tending hanya kerana tidak bagi salam Ketika masuk ke dalam dorm.
Jahatnya tapi kemenjadian manusia tu ada.
Pelik tapi benar.
Tapi saya tidak tahan. Terpaksa merempat hanya mau minum air sejuk.
Terpaksa meminta-minta makan lebih.
Terpaksa menahan hinaan dan ejekkan kakak abang senior kerana tidak cantik.
Saya jatuhkan aggregat SRP saya.
Kembalilah ke sekolah menengah biasa.
Free nya saya , subhanallah
baik...
Tengok gambar ni.

Mana-mana ada jenis manusia begini tapi ini dah viral.
Mak bapak mereka ni jenis macam mana?
Didikan agama
Kawan-kawan disekelilingnya macam mana?
Tidak ada rasa belas kasihan.
Menunjukkan kekuatan diri tanpa guna otak.
Tuan/puan tengok saja kes ni di media massa. Kes DI Johor.
Itulah yang menjadi kerisauan ibu dan bapa.
To be continue… 23.4.2025
Comentarios