top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Puasa 2023

Assalam and selamat pagi semua.

16.5.2023.

Lama tidak update blog ni.

Baru nak letak segala gambar...pandai dah winmix ni minta bayar kalau nak letak gambar. Berniaga juga mereka kan. Pakai dollar US lagi tu. Saya letak inilah dulu yer.

I havent write something in English for quite a while. I need to do this.


Lets not talk about sickness or diseases from the previous blog. May god will give us a wonderful health and motivation to stay alive and survive after 3 years of misery.


I dont know how to start…


I seldom being curse nasty or talk bad for a while now.


Bare with me..this is one of the story while im working in the real estate lines. This is only of many “things” that me, myself occurred while in this line of work.


So, we found this beautiful place where fish swim free and the air is fresh…long a way from any pollutions.


Its not too far away from town and not too inside.


Tak boleh ni, tidak mendalam meluahkan kerja kalau dalam English…hahaha


Hari ke 15 kita berpuasa…Belum lagi pecah puasa. Tak tahan sebenarnya ni..tapi WAJIB…hehe…


Kepada kawan-kawan diluar sana…

Apa khabar kamu? Sesiapa yang berniaga makanan di Bazaar-bazaar , bertahanlah ya.


Kelmarin saya keluar dan ada hati nak makan ayam panggang. RM30 seekor, geng.


Tahun lepas RM25 seekor.


Kalau segala kuih muih jangan cerita lah.

Ada bazaar , 5 biji RM2

Ada bazaar, sebiji RM1

Ada bazaar sebiji RM0.50


Kuih yang sama tu.


Semoga pembeli dan penjual sama-sama ada untungnya.


Tapi yang jadi kenyataan, memang mahal dan naik barang secara mendadak sekarang.




Dan sekarang…


Akhirnya…selama 4 bulan kami menahan segala kata-kata, makian dan ugutan…bergerak juga kerja-kerja penimbusan.

Panas teriknya..hhuhuhu..


Pernah saya turun sekejap ke Papar…belum apa-apa..berdarah kiloid saya.


Rindunya saya berpanas dan menjaga pergerakan jentera di tapak kerja.

Kesihatan saja yang belum mengizinkan.


Menunggu laporan dari pihak staff.

Bersyukur saya yang teramat syukur. Kali ni, tidak silap saya melatih dan jadikan mereka ini jadi kakitangan Fast Properties Sdn Bhd.


Dulu, asyik melantik t=runner dan agent yang buat kerja. 90% tidak berdedikasi untuk mendapatkan kewangan yang stabil malah minta duit tapi kerja tidak jalan. Ada lagi asyik minta duit tapi hasil langsung tidak ada.


Kena saya tahun ni , melantik seorang runner. Mula-mula bagus tapi setelah saya dapat beberapa panggilan dari pelanggan yang terdahulu mengatakan pandai meminta duit dan duit deposit pandai tidak sampai….ah sudah.


Bukan sekali

Bukan dua kali

Bukan tiga kali

Tapi

Tapi

Lebih 20 kali kena ‘kencing’ pleh orang bergelar agent dan runner.

Ada lagi tu broker nama Emma , hutang rm500 dengan kami kunun untuk mama dia di Sarawak..padahal selepas pinjam duit, minum di kedai kaling…huh.


Sudah…mari kita cerita tentang kerja dan tanah.


Alhamdulillah sudah nampak rupa bentuk tanah di kawasan Papar.


Dari hutan ke tanah lapang dan sudah bertimbus.

Nampak terus keadaan tanah tu macam mana.


Sebelum


Selepas


Tapi belum habis lagi ni.

Ini yang sudah ditimbus….


Dan sekarang…


Kami mengeluarkan dan membuang tanah-tanah ini sebagai tanah trips dan tanah timbus.


Call nombor ini untuk ambil tanah trips. Tak payah deposit…siap baru bayar.


Shada 0149309663


12 hari saja lagi puasa…

Baru mau ada perasaan puasa tu….sudah mau habis bulan ramadhan.


Sakit juga saya masa mula membuat pembaiki pulih diri dan badan ni.

Sewaktu dijaga oleh mama hajah…segala benda pahit kena bagi makan….2 minggu selepas suntikan dan operation kecik, tak oernah bengkak dan mengeluarkan segala cecair.


Bah, saya fikir oklah ni..boleh pergi kerja sudah.

Sehari saja mula kerja, boleh-boleh dada tempat kena baik pulih ni membengkak dan akhirnya meletup. Nanah dan darah.


Dengan segala hormatnya…kena pergi kerja 2 minggu sekali sahaja.


Buat akaun dan gaji saja saya turun office.


Inilah keadaan saya sekarang


Turun naik.


Harapan selepas raya aidilfitri 2023 ni…sihatlah tubuh badan. Fizikal dan Mental.


4 kawasan mau dilawat dan mula dikerjakan. Papar saya tidak begitu risau sebab kakitangan boleh diharap.


Kinabatangan, Kg Nusa Jaya.


Sana lagi saya mau lantik pekerja di sana untuk jaga dan memantau dan membawa pelanggan.


Dan Penampang. Itu tidak sakit sangat hanya ada hal sikit dengan empunya tanah tersebut.


Ni saya cerita.


Tahun lepas, sambil mencari tanah baru selepas penjualan Tanah Taman Sayang selesai, dapat satu whatsapps entah dari mana.


Dia bagi tau, dia ada maklumat orang mahu menjual tanah di Penampang.

RM100k untuk 3 ekar.


Melompat saya terus.

Bah, bawa saya tengok tu kawasan.


Punya lama saya tunggu feed back dari orang tu.


3 bulan baru dia membalas whatsapps saya.


Itupun lagi 2 bulan saya baru dapat maklumat penuh dari empunya tanah tersebut.


Huhuhuhuhuhuuhu..


Dapatlah tahu pulak, orang yang memberi maklumat tersebut dengan saya, scammer dan orang dikehendaki. Putus harapan.


Tapi


Sebelum orang tu saya tidak mahu berhubung lagi, dia sudah bagi nombor telefon salah seorang kawan empunya tanah tu.


Berhubunglah kami.


Rupa-rupanya, empunya tanah tu telah mengadaikan tanahnya tu dengan kawannya ni.


Jadi bersyukur juga dialah sebab ada orang yang mahu membeli tanah tersebut. Dia terus bagi nombor telefon empunya tanah tadi.


Bertelefonlah kami. Berjumpa di kedai keling. Minum kupi tenom manissss.


Setujulah kami.

3 ekar rm210k.


Ini baru betul…


Akan tetapi…ada lagi masalahnya ni….hmmmmm


Dokument yang diperlukan sudah siap KECUALI keberadaan geran original.


Di sinilah kami dapat tahu, empuna tanah ini telah mencagarkan dan mendapatkan duit TANPA persetujuan penama dalam geran tersebut.


Penama kedua telah meninggal dunia. Tinggallah anak-anak mendiang.


Jadi kami berurusanlah dengan salah seorang anak mendiang tersebut.


Jeng Jeng Jeng


Korang tahu apa telah jadi?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Makian demi makian kami terima dari anak-anak mendiang.


Hahahahaah….

Yang kesian, kawan baik kami yang akan sama-sama tinggal dikawasan tersebut.


Terkejut dia kena makian bertubi-tubi.


Dia terkejut saya terima whatsapps yang sama tapi relax saja kami.


Terus terung kami cerita dengan dia. Kami kena ugut sampai ke balai polis dan mau kena tumbuk pun pernah.


Saya tunjukkan lagi bukti-bukti kami….


Terkejut dia…patutlah dia bilang kami macam tiada saja terima ugutan orang luar.


Tahan tutuk dan kebal sudah kami ni.


Ada yang belum kami beli tanah pun pernah kena maki-maki lagi.


Kalau ikut ketakutan, tak akan menjadi kerja-kerja tanah ni.


Sambung cerita….


Akhirnya penama pernama (empunya tanah) sendiri ke jabatan tanah untuk berjumpa dengan pegawai yang menguruskan bahagian Daerah Penampang.


Di sinilah kami baru dapat ilmu.

Rupa-rupanya ada 2 keping original geran. 1 di tangan penama dan 1 lagi ada simpanan di jabatan tanah. Surat sudah dikeluarkan oleh pihak jabatan tanah untuk anak-anak mendiang , penama kedua untuk menyerahkan original geran untuk proses perpecahan geran dan proses tukar nama di jabatan tanah. Diberi 30 hari untuk mereka bagi feedback.


Selepas raya lah juga ni.


Sekarang , mau fokus dengan kinabatangan dulu. Itu pun terbengkalai hampir 3 bulan.


Baru juga siap lakaran.


Macam biasa….kerja merantis (masuk hutan untuk membuat pancangan) dan membuat lakaran berhasil dengan cemerlang.


Saya suka bekerja dengan orang yang sudah biasa dan memang ikut citarasa saya. Tu pasal, saya sanggup tunggu Tukang Ukur saya ni free untuk buat kerja-kerja kami.


Hasilnya…


18.4.2023


3 hari lagi puasa.


Bersyukur yang amat tahun ni rezeki pada bulan ramadan dan syawal baik.

Paling penting, cuaca yang amat panas.


Dapat pulak taukeh jentera yang senang runding.


Mula sudah mereka mengangkut tanah ke Baun, belakang Homewear Papar. Raya pertama hingga ke 4 saja mereka cuti.


22 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page